Liyana Jasmay Lancar Koleksi Jubah Bellaliyana01

Liyana Jasmay Lancar Koleksi Jubah Bellaliyana01

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Kolaborasi Bella Ammara bersama selebriti tanah air bukanlah sesuatu yang asing.

Selepas berjaya dengan kerjasama bersama Neelofa, Bella Ammara bergandingan bersama pelakon popular, Liyana Jasmay untuk melancarkan koleksi terbaru yang dinamakan, Bellaliyana01.

Bellaliyana01 ini berkonsepkan classic and luxe untuk keluaran khas bersempena Hari Raya Aidil Adha yang bakal tiba. Koleksi jubah yang mempunyai 10 warna kegemaran ini diberi nafas baru menggunakan gabungan tweed lace disempurnakan lagi dengan elemen beadswork Swarovski yang cukup minimal tetapi mewah.

"Kerjasama ini adalah tidak disengajakan, secara kebetulan saya menemani kakak saya yang amat meminati jubah datang ke butik mereka. Sewaktu itu, pertama kali saya mencuba dan membeli koleksi mereka ternyata cantik dan sangat selesa. Dari situ perkenalan kami bermula dan mereka menawarkan saya untuk berkerjasama," ujar Liyana di majlis pelancaran koleksi ini yang diadakan di The Terrace Restaurant, The Curve, Damansara.

Koleksi jubah ini boleh mula dibeli di butik Bella Ammara yang baru dibuka di Shah Alam pada harga RM294. Manakala jualan secara online akan dibuka tidak lama lagi untuk semua pelanggan-pelanggan setia di seluruh Malaysia.



Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !