Walaupun sudah bercerai, krisis Abby Abadi dengan bekas suaminya Noor Farhan masih berlanjutan. terbaru Abby mendakwa Farhan telah melarikan wang miliknya sejumlah Rm10,000 sehingga memaksanya untuk membuat laporan polis.
Namun bagi pihak Farhan, dia memberitahu bahawa dia cuba menjelaskan wang tersebut separuh daripada jumlah yang sepatutnya dibayar tetapi ditolak oleh Abby dan cuba bertindak untuk memalukan dirinya
Satu demi satu pendedahan yang dibuat oleh Abby sehinggalah membongkar perbualan bekas suaminya Farhan dengan rakan di laman sosial yang agak memalukan. Menurut Abby, gambar perbualan itu telah dihantar sendiri oleh rakan sekolah Farhan.
Satu demi satu dugaan datang buat Abby Abadi selepas penghijrahannya. Tapi memang dia seorang wanita yang kuat dan tabah. Semoga Allah berikan kebahagiaan yang hakiki buatnya suatu hari nanti.