AWIE sebak ketika menziarahi jenazah Mamat Khalid di Taman Ipoh Jaya Timur 1 di Ipoh, Perak, hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Rasa tidak sedap hati, Awie sebak terima berita kematian Mamat Khalid
KUALA LUMPUR: "Love you (sayang kamu), bro... Get well soon (semoga cepat sembuh)."Demikian antara kata-kata akhir paling diingati pelakon dan penyanyi, Datuk Awie dalam perbualannya dengan pengarah dan penerbit, Allahyarham Mamat Khalid yang meninggal dunia, tengah malam tadi.
Foto kenangan Awie bersama Allahyarham Mamat yang dianggap sebagai abangnya sendiri. Foto ihsan Awie
Awie atau nama sebenar, Ahmad Azhar Othman berkata, pemergian Mamat umpama kehilangan sosok seorang abang buat dirinya.
"Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah adalah ketika tayangan filem Kampong Pisang Muzikal Raya. Tapi, kami kerap bertanya khabar menerusi telefon dan kiriman WhatsApp.
"Ketika saya menjalani pembedahan sebelum ini, dia ada hubungi saya. Bila dia cakap 'Love you, bro', memang saya ingat kata-kata itu sebab jarang kita dapat dengar Abang Mamat cakap begitu.
"Apabila dapat berita pemergiannya, saya rasa kehilangan sampai menitiskan air mata. Dia umpama seorang abang buat saya," katanya kepada Harian Metro.
Awie ketika ditemui tidak dapat menahan sebak dan menganggap Allahyarham sebagai satu-satunya bintang menyerlah dalam industri perfileman. -Twitter Hasimi Muhamad
Menurut Awie yang popular dengan watak Hussin dalam beberapa filem Kampong Pisang arahan Mamat, dia menerima banyak ilmu daripada Mamat terutamanya dalam lakonan komedi.
"Arwah bahasakan dirinya abang dan dia benar-benar menjadi 'abang' yang mendidik kami semua tak kiralah pelakon, kru dan seluruh pasukan produksi.
'Mamat pengsan, meninggal dunia dalam ambulans'
"Sebagai abang, arwah ada banyak ilmu dan pengalaman dikongsikan. Dia membimbing saya terutama untuk berlakon watak komedi.
"Dalam mendidik, arwah tak menunjukkan dirinya sebagai pelawak sebab dia tegas. Namun, dia akan tunjukkan satu persatu cara lakonan," katanya.
Antara pesanan yang pernah dikongsikan Allahyarham Mamat kepada Awie adalah, pelawak tidak perlu melawak sepanjang masa.
"Dia cakap, nak jadi pelawak, jangan 'berlagak' komedi. Kena ikut situasi dan bukan sepanjang masa nak kena buat lawak," katanya.
AWIE ketika ditemui di kediaman arwah Mamat Khalid di Ipoh, hari ini. FOTO Sharul Hafiz Zam.
Mamat, 58, menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung dalam perjalanan ke Hospital Slim River, Perak, jam 12.30 tengah malam tadi.
"Dia mengajar hingga semua pelakon dapat membawa watak yang lebih baik," kata penyanyi dan pelakon terkenal, Datuk Awie mengenai Allahyarham Mamat Khalid.
Katanya, arwah kelihatan garang tetapi disifatkan sebagai pengarah, sahabat dan abang yang baik kepada semua pelakon dan krew serta seorang yang periang.
"Dia penghibur di kala ada orang yang bermasalah di lokasi dan pada masa sama dia juga mengajar hingga semua pelakon dapat membawa watak yang lebih baik.
"Dia yang membawa saya hingga kekal sebagai watak Husin dan sehingga ke akhir arwah memanggil saya dengan watak itu," katanya ketika ditemui selepas menziarahi jenazah Mamat Khalid di kediamannya di Taman Ipoh Jaya Timur 1 di sini, hari ini.
Awie mengakui tidak dapat menahan kesedihan di atas kehilangan penerbit dan pengarah terkenal itu.
Katanya, kali terakhir dia berjumpa dengan Mamat Khalid ialah pada tayangan Kampung Pisang Muzikal.
Menurutnya, dia menerima dua panggilan telefon daripada rakannya dari Perak namun tidak sempat menjawab kerana sedang menjalani penggambaran sebelum mendapat berita kematian Mamat Khalid.
"Apabila dihubungi rakan dari Perak, saya mula tidak sedap hati dan apabila diberitahu abang Mamat sudah tiada, luruh hati saya, pergi lagi seorang sahabat saya, abang saya," katanya
Katanya, beberapa minggu lalu, arwah ada menghantar mesej di aplikasi Whatsapp.
"Love you bro, cepat-cepat sembuh'. Dia tidak pernah hantar mesej begitu dengan saya sebelum ini dan kalau bergurau pun kasar, tetapi kemudiannya dia turut bertanya khabar," katanya.
Sementara itu, Pekin Ibrahim turut meluahkan rasa kehilangan seseorang yang memberi ruang dan antara insan yang mengangkatnya dalam industri seni.
"Kami rapat macam ayah sendiri dan sangat terasa kehilangannya. Dia antara orang yang terawal ambil saya berlakon," katanya sebak.
Katanya, arwah kali terakhir berhubung dengannya melalui aplikasi WhatsApp minggu lalu.
SOURCE: BH , Harian Metro
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date