Hahahahahaha bijak bini dia berbisnes, tak kisah dah laki sendiri ke apa. Lama tu baru nak kantoi. 😂 👍
Bagi pasangan yang baru berkahwin, pasti masing-masing sudah terlebih awal bersedia mencari rumah sewa untuk tinggal bersama.
Tak kiralah sama ada yang jenis landed atau tinggal di kediaman tinggi, asalkan cukup selesa dan juga sepadan dengan kemampuan untuk membina keluarga.
Sempat cerita pengalaman mengejutkan…Baru kahwin rancang nak duduk rumah sewa dulu
Sepertimana pasangan lain yang baru kahwin, seorang lelaki bernama Aqim ini juga sempat menceritakan pengalaman mengejutkan.Katanya, mereka pada awalnya memang sudah merancang untuk menyewa rumah sahaja terlebih dahulu.
Lah rupa-rupanya rumah sewa tu isteri yang punya…5 bulan dah kahwin baru dapat tahu
Keputusan tersebut diambil memandangkan suami isteri berkenaan masih lagi dalam proses menguruskan kewangan serta komitmen yang ada.Walau bagaimanapun setelah 5 bulan berkahwin, barulah lelaki tersebut mengetahui satu perkara sebenar di mana rumah yang disewa selama ini adalah merupakan hak milik isterinya sendiri.
@aqim03 Kene game..!!! 😅😅😅 ##fyp ##foryou ##viral
♬ suara asli - 𝙎𝙞𝙡𝙖𝙗𝙖𝙣 - 𝐏𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠🔹𝐔𝐋𝐎𝐊
Isteriku tuan rumah, dah macam cerita novel jam 7… Biarpun tahu itu rumah dia, tetaplah bayar sewa ye
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian berkenaan.Selain merasa kagum dengan tindakan si isteri yang bijak dalam berbisnes, ramai juga menasihatkan Aqim supaya tidak lupa akan tanggungjawab sediakan nafkah seperti biasa.
SOURCE: TikTok Aqim
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.