Janda Kaki Hiking tawan suami orang
Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini.Perkenalan Fiza (bukan nama sebenar) dengan seorang lelaki ketika menuntut di sebuah universiti di utara Semenanjung akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin. Setelah tamat pengajian dan masing-masing mendapat pekerjaan, mereka memilih untuk menghalalkan hubungan mereka itu di usia pertengahan 20-an.
Sejak di zaman universiti lagi, suaminya amat meminati aktiviti lasak dan menyertai kelab kembara dan sering mendaki gunung.
“Tetapi berbeza dengan saya. Saya tidak gemar melakukan aktiviti lasak dan juga mendaki. Suami sering mengajak saya mendaki, tetapi saya menolak.
“Walaupun begitu, saya tidak pernah menghalang minatnya itu,” jelas Fiza.
Fiza mengakui, setelah berkahwin mereka menetap di ibu kota dan suaminya masih melakukan aktiviti mendaki bersama rakan-rakan.
Ketika awal perkahwinan, suaminya tidaklah kerap melakukan aktiviti tersebut dan sering menghabiskan masa bersamanya.
Jelasnya, walaupun sudah berkahwin dia tidak menghalang suaminya itu untuk menyertai aktiviti yang diminatinya itu.
“Saya tidak pernah menyekat atau menghalang dia daripada daripada terus berhenti mendaki, selagi dia masih boleh membahagikan masa untuk menemani saya.
“Pada waktu itu, dalam sebulan mungkin dua atau tiga kali dia pergi mendaki. Kebiasaannya dia akan pergi secara balik hari,” jelasnya.
Tetapi selepas dua tahun usia perkahwinan mereka, Fiza mendapati suaminya semakin kerap menyertai aktiviti berkenaan.
Boleh dikatakan hampir setiap minggu suaminya terlibat dalam aktiviti mendaki bersama teman-temannya.
Di hati kecil Fiza pada itu dia amat terasa, kerana masanya untuk bersama suaminya pada hujung minggu berdua tidak dapat dilakukan.
“Kadangkala saya bersendirian di rumah dan tidak pun akan keluar dengan rakan-rakan mengunjungi
pusat beli-belah bagi mengisi masa.
“Sejak itu, saya lihat perilaku suami berbeza sekali dengan sebelum ini. Dia sering dengan telefon pintarnya
dan kadangkala akan senyum sendirian,” katanya.
Pada mulanya Fiza tidak mengesyaki apa-apa terhadap perlakuan suaminya pada waktu itu.
Tetapi pada suatu hari, ketika ingin membuka telefon pintar milik suaminya, dia mendapati lelaki yang dicintainya itu telah menukar nombor kata laluan.
Fiza tidak memaksa suaminya untuk memberikan kata laluan tersebut. Sebaliknya dia melihat dan menghafal kata laluan tersebut ketika suaminya membuka telefon pintarnya.
Setelah suaminya tidur, Fiza mengambil keputusan untuk membuka telefon pintar tersebut dan hatinya remuk apabila melihat di aplikasi WhatsApp ada tertera nama Gadisku yang disertakan dengan emoji tanda sayang.
“Hati saya remuk apabila membaca perbualan tersebut. Ada perbualan mereka yang menyatakan tentang ciiuman pertama di puncak gunung dan sebagainya.
“Rupa-rupanya wanita itu sering menghabiskan masa bersama suami saya ketika mendaki gunung,” jelas Fiza.
Fiza cuba mengawal rasa amarahnya dan tidak terus menanyakan tentang hal itu kepada suaminya, sebaliknya mengumpul bukti bahawa suaminya itu telah cuurang dibelakangnya.
Setelah diselidik, Fiza mendapati wanita yang mempunyai hubungan dengan suaminya itu seorang janda dan hubungan mereka menjadi intiim kerana sering mendaki gunung bersama.
“Saya juga sering membaca perbualan mereka di WhatsApp dan kemudian merakam tangkap layar perbualan mereka itu untuk saya simpan.
“Hati isteri mana yang tidak remuk apabila membaca perbualan mereka umpama pasngan yang telah berkahwin,” jelasnya.
Tambahnya, akhirnya rasa saakit yang dia simpan sebelum ini sampai juga ke penghujungnya apabila mengetahui suaminya dan wanita itu pernah melakukan hubungan intiim.
Dia sendiri melihat e-mel di telefon pintar suaminya itu dan mendapati ada dokumen tempahan sebuah hotel.
Akhirnya Fiza membuka mulut dan bertanyakan tentang hal itu kepada suaminya.
“Pada mulanya suami saya menafikan bahawa dia ada cuurang di belakang saya.
“Tetapi setelah saya menunjukkan bukti perbualan mereka yang saya simpan sebelum ini, akhirnya dia tidak mampu untuk berkata apa-apa selain mengakuinya,” jelasnya.
Tambahnya, suaminya mengakui kesalahannya itu dan menangis meminta maaf kepadanya.
Tetapi hatinya telah terluuka dengan perbuatan suaminya itu. Fiza kemudian mengambil keputusan untuk tinggal berasingan bagi memberi masa untuk dia memaafkan apa yang suaminya lakukan terhadap dirinya.
“Saya cuba memberikan masa kepada diri untuk memaafkan perbuatan suami yang telah berselingkuh di belakang saya.
“Tetapi saya tidak kuat dan perbualan mesra mereka itu sentiasa bermain di fikiran saya,” katanya.
Ceritanya, akhirnya dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya itu. Baginya, walaupun peluang kedua diberikan tidak mustahil suaminya akan berlaku cuurang lagi.
Fiza kemudian memohon crai secara fasakh bagi membolehkan mereka berpisah.
Akhirnya dia dan suaminya itu sah bercrai di sebuah Mahkamah Syariah dan kini membawa haluan masing-masing.
Fiza menegaskan, dia bukan seorang yang mudah memberi maaf. Dia juga tidak dapat menerima hakikat apa yang telah suaminya lakukan di belakangnya ketika kebebasan dan kepercayaan penuh diberikan kepada lelaki itu.
Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet
Maznah Ahmad, Anda tlh membuat keputusan yg bijak,tahniah.Jarang bca yg mcm ni,tegas & ada pendirian,x mustahil x husband tu akn ulang benda yg sama ,lps tu menangis minta maaf.
Kau pn lemah…maafkn lgi.
Semuga anda menemui psgn yg lbh baik & bahagia till jannah dik.
Bebi Zarina, Nak salahkan lelaki tak juga sebenarnya….dah bini tak minat apa yang suami minat….ajak bini tak nak tak minat katanya….tetiba dia berkawan dengan seorang pompuan yang sama minat dengan suami orang….so perhubungan pun terjalin…sama2 gi hiking….apabila dah terkantoi tetiba pulak si bini timbul minat hiking…dan nak salah kan bini.
Faizah Jaja, Mana² pon boleh cuurang..tak kesahlah..kadang² kat tepi bustop pon blh cuurang..cuurang ni sebenarnya..ikut kehendak hati jew..tapi benda tu dah jadi hobikan.
sebab benda² haram mcmtu mmg sedap jew untuk orang² yang cuurang nieh..tak kesahlah dia tu siapa..tepuk dada Tanya sama hati..takkan nak tanya dinding plakkan.
Syifa Kausar, Tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi…baik yg lelaki ke…perempuan ke…betulkan niat….tujuan hiking utk apa…klu sebelah pihak saja yg mula…dan sebelah lg tak melayan…tak menjadi jugak…apa2 pun betulkan niat tu…awk ber hiking utk apa….tu jer.
Luqman Hakim, Mujur la hobi mancing tak berpeluang nak ada skndal. Sape la yang nak skandal, ketika mancing kami menumpukan perhatian untuk strike ikan by hook or by crook. Memang takdan nak mikir skandal. Hmm.
Akma Hamid, Moral of the story is…jangan la simpan segala bukti dalam hp…dah banyak kali kecundang pasal hp ni… sebaiknya,adakan satu number dan hp khas untuk janda anda.bila dirumah dilarang untuk menghubungi janda tersebut.
Sebaliknya bagi segala tumpuan kepada isteri tersayang.bawak la dia jalan dan ikuti segala kehendaknya..bukan selalu dapat masa bersama.itu pun nk kena ajar ke?
Hanim Hassan, Banyak perempuan janda,disebabkan janda.. ( xsemua perempuan xde maruah) yg suami org pulak tetap kejar janda..huhu..si janda tu dah tau dia suami org,tetap nak jugak..tepuk sebelah tangan tak berbunyi..
Laki org pun sama,janda tu xnak sbb kau laki org,tp kau tetap jugak nak menggaatal..masing2 ada akal boleh fikir..jika pisah,dgn erti kata lain..Tiada jodoh…wallahualam..tepuk dada tanya iman.
Mohd Hafiz, Lelaki cuurang adalah Lelaki yg buatkan perempuan lain sebagai stok sedap2 je..Kalau Lelaki sejati, dia akan menghalalkan perempuan tersebut hatta sekalipon seorg janda.. Yang penting niat&iman sesorg.
Ika Amanda, Jadi perempuan, jadilah yang bermaruah. Jika suami org tu tak dapat beri kebahagiaan dan bimbingan pd isteri dan anak2nya, ingat dia dpt buat begitu pd awak.
Hubungan kerana nfsu dan kebendaan ni tak kemana pun. Hubungan kerana Allah tu inshaa Allah ending yg baik untuk semua.Lelaki mmg pandai berkata manis (belum dapat). tu sbb ppn mudah kena diabetes, akhirnya diri sendiri merana dan berd0sa merosakkan rmhtangga orglain.
Idham Hamid, jgn pandang serong status seseorang baik lelaki mahupun yg perempuan n jgn salahkn hiking…kalu nk cuurang tu kt mane2 pn bole je berlaku cuurang…hiking ni aktiviti sehat so pls jgn la kite rosakkan dunia hiking ni…
hope kita same2 jage batas n tata susila…yg haram tetap haram..yg single2 tu hati2 n siasat dulu status…jgn men nyondol je bini org laki org..nanti kene kt diri sendiri tau lak mrah.
Hamida Mohd, Nak cuurang tak payah libatkan dunia hiking, klu suami dia bukan hiker pun klu niat nak cuurang dia cuurang juga. Duk umah 24jam pun boleh je dia cuurang kalau dia mmg nak cuurang.
P/S: Selepas membaca kisah ini, ramai suami mengaku bernasib baik tidak pernah dan suka hiking, jika tidak kedapatan dan ketahuan dengan rasa syukur....😎
SOURCE:
Kosmo!
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date