Sebuah video amatur yang menunjukkan penguatkuasa DBKL mengambil tindakan terhadap seorang peniaga yang berniaga secara haram di Tasek Permaisuri menjadi viral di laman Facebook. Bagaimanapun, jelas sekali menunjukkan peniaga berkenaan mengasari anggota DBKL yang menjalankan tugas.
Inilah cabaran sebagai seorang penguatkuasa terpaksa berdepan dengan individu yang enggan patuh pada undang-undang, kemudian bertindak seperti samseng.
Dalam kejadian yang berlaku petang kelmarin, penguatkuasa DBKL terpaksa mengambil tindakan menyita barang perniagaan wanita terbabit berikutan keengganannya untuk beredar dari kawasan tersebut.
Menurut sumber yang tidak ingin didedahkan namanya, memang rata-rata parking kereta di tempat itu dijadikan sebagai lot-lot perniagaan secara haram sehingga orang awam yang berkunjung ke situ susah nak mencari parking. Ini bukanlah kali pertama peniaga haram diserbu, tetapi mereka masih berdegil dan keras kepala.
"Tak halang kalau nak mencari rezeki, tetapi janganlah sampai menyusahkan orang awam. Sampah sarap, jangan cakaplah kalau dah berniaga di situ" keluhnya.
Bagaimanapun, sumber mencadangkan agar pihak DBKL bina satu kawasan khas untuk mereka berniaga di kawasan terbabit.
Orang ramai perlu faham bahawa anggota DBKL hanya menjalankan tugas mengikut arahan dari pihak atas berdasarkan aduan orang awam. Peniaga berkenaan juga sepatutnya tahu akan risiko berniaga tanpa lesen.
"Apabila peniaga terbabit berniaga tanpa lesen di kawasan berkenaan dalam satu tempoh yang lama sebenarnya sengaja mencari masalah. Bukannya mudah DBKL nak mengesan peniaga haram di tepi taman awam yang tidak mahsyur melainkan ada orang yang membuat aduan." jelas sumber kedua.
"Siapa complaint? Semestinya peniaga yang berlesen atau penduduk setempat yang menggunakan taman itu. Adalah tidak adil menggatakan DBKL hanya mengambil tindakan terhadap bangsa melayu sahaja sedangkan DBKL juga pernah mengambil tindakan terhadap peniaga cina yang berniaga tanpa lesen." jelasnya lagi.
Kenyataan sumber kedua merujuk kepada video di bawah:
"Nak berniaga pun, ikutlah peraturan. Barulah penguatkuasa tidak akan mengambil tindakan, malah akan memberi rating kedai bersih atau sebaliknya. Orang lain juga berniaga, perlu bayar sewa, kos bayaran lesen, sijil kesihatan, kursus itu ini, tetapi jika ada peniaga haram yang tak semena-mena pacak payung, tebar meja dan jual. Bila ada masalah keracunan makanan, mereka akan menghilangkan diri begitu sahaja. Bukankah ini tidak bertanggungjawab namanya?"
"Masyarakat seperti ini wajib dididik. Ramai lagi yang hidup susah dengan mengutip tin-tin kosong di tepi jalan dan tong sampah. Tetapi pernahkah kita melihat penguatkuasa merampas kutipan tin kosong mereka? Fikirkan sejenak. Usah bermimpi nak menjadi masyarakat pemikiran kelas pertama kalau mentaliti masih gemar menyalah pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap si pelanggar undang-undang.," terangnya.
Nota Kaki: Ini bukan penjelasan dari pihak DBKL. Tetapi penduduk sekitar yang sering ke Tasek Permaisuri.
Nota Kaki: Ini bukan penjelasan dari pihak DBKL. Tetapi penduduk sekitar yang sering ke Tasek Permaisuri.