Selepas berhijrah mengenakan hijab, Neelofa telah muncul dengan tudung berjenama Naelofa.
Tak dapat dinafikan populariti dan keayuan Neelofa mengenakan tudung jenamanya sendiri ini telah membuatkan perniagaan barunya mendapat sambutan hangat.Tup-tup kecoh dalam kalangan pereka fesyen tanahair, Neelofa sebenarnya melakukan plagiat dengan mengambil idea pereka lain sebelum melabel tudung dengan jenamanya sendiri.
Pihak yang menjadi mangsa adalah pereka muda lulusan Rekaan Fesyen UiTM, Zharin Hariz yang terlebih dahulu mempunyai butik tudung berjenama Sastra Hijabs.
Perkara ini disahkan menerusi screen capture yang kami ambil di laman Facebook Zharin Hariz:
Kawan-kawan Zharin turut sakit hati bila mengetahui perkara ini dan mengkritik Neelofa kerana melakukan plagiat.
Zharin Hariz memuat naik status ini kerana kecewa selepas tegurannya terhadap isu plagiat bukan sahaja tak dilayan oleh Neelofa malah akaunnya diblok selepas komennya dipadam.
Tak kiralah rekaan fesyen, lirik dan melodi lagu, skrip dan sebagainya kita harus sedar kepentingan paten untuk memastikan tidak jadi mangsa plagiat.
Hal ini kerana mereka sebenarnya telah menganiaya orang lain yang bersengkang mata memikirkan idea sebelum mereka senang-senang saja tiru dan kaut keuntungan mudah daripadanya.
Sumber mynewshub.cc