Dengarnya hubungan diantara Didie Alias dengan Amyza Aznan kini semakin parah. Mereka dikatakan bergaduh besar.

Ada juga usaha untuk mereka berbaik semula namun sepertinya gagal. Apatah lagi menurut sumber yang memetik portal HarianMetro, Amyza didakwa sering menjaja cerita buruk dengan tujuan menyakiti hati Didie.
Terbaru, Amyza dikatakan menjaja gosip panas kepada teman-teman artis yang lain apabila bertemu.

Dalam hal berkaitan, Didie terasa terkilan apabila Amyza mengucapkan tahniah kepada bekas suaminya, Ridzuan Hashim dimana hasil perkahwinnnya dengan Didie, anak sulung mereka mendapat keputusan yang baik dalam pengajian.

Disinilah, bermula kesedihan Didie. Didie menyangka selama ini dia sebagai kawan rapat yang tahu kesusahan perit Didie membesarkan anak-anaknya namun sebaliknya berlaku apabila Amyza memperlakukannya seperti itu.

Menurut sumber, Didie tidak kisah sekiranya Amyza tidak lagi mahu bersahabat dengannya tetapi janganlah berdendam sehingga cuba menyakiti dan menghasut orang lain.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date