Elly Mazlein & Tunang pilih 9 Nov untuk bernikah!
Akhirnya badai status yang menimpa Elly Mazlein dengan tunangnya, Azmi Hatta akan berakhir di jinjang pelamin pernikahan. Memetik portal Bharian, mereka sepakat untuk mengikat tali pernikahan itu pada 9 November nanti setelah 3 tahun bertunang (Jun 2011).
Difahamkan, pada majlis itu nanti, Elly akan menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan membalas sebanyak sembilan dulang.
"Pada malam sebelumnya iaitu 8 November nanti akan berlangsung majlis berinai. Selepas akad nikah, Elly akan menziarah pusara mama. Tiada majlis persandingan dan juga resepsi besar-besaran seperti yang dirancang awal kerana Elly masih sedih dengan kehilangan mama," -Elly