Lelaki ini didakwa kekasih baru Abby Abadi?


Lelaki ini didakwa kekasih baru Abby Abadi?

Dengarnya Abby Abadi kini rapat dengan seseorang yang bergelar Ustaz, namanya, Ustaz Khairul Azli. Walaupun jelas Abby, dia dengan Khairul adalah kawan biasa namun kadang kala terlihat kemesraan yang mereka lakukan walaupun banyak penafian yang dibuat oleh Abby.



Baru-baru ini terlihat sekeping foto sambutan harijadi yang menampakkan hadiah yang berbentuk 'love' untuk temannya itu. Tulisannya berbunyi, 'u are my sunshine'.

Namun Abby tidak mahu korang fikir negatif mengenainya, ianya adalah sekadar hadiah biasa dari seorang teman kepada temannya.

Menurut info SinarHarian, Khairul merupakan kenalan Abby 4 tahun yang lalu, dan beliau juga merupakan tenaga pengajarnya dan anak-anak mengaji Al-Quran.

"Kami kawan biasa tapi dia punya tempat istimewa di hati saya. Kerana apa? Kerana dia selalu ada di saat saya memerlukan teman bicara.

"Sejujurnya saya memang sayangkannya sebab kami kawan lama. Dari zaman 'lagha' sehingga saya berhijrah. Sampai saya berkahwin hinggalah saya bercerai. Dia tak pernah tak ada bila saya perlukan.

"Baiknya dia, tak pernah berburuk sangka kepada saya sehingga saya rasa bersalah sangat,

"Di mana silapnya kalau saya meraikan hari jadi dia? Saya ada mengganggu sesiapa ke untuk menggembirakan hati teman saya ini? Bila kita sayang seseorang tak salah kita tunjukkan. Sekurang-kurangnya, kalau saya dah tiada nanti, ada kenangan untuk dia.

"Kenapa mesti berprasangka yang tak sudah-sudah ya? Orang lain pun ada kawan lelaki, siap berpeluk sakan lagi. Tapi kami tak sebab kami takutkan ALLAH SWT.

"Saya dah jelaskan, dia bukan teman lelaki baharu saya. Tapi, kalau ada jodoh, ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Tapi, di saat saya menulis tentang ini, kami berstatus kawan sahaja.

Harap penjelasan ini sedikit sebanyak dapat menutup prasangka yang bukan-bukan,"

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !