Liyana Jasmay pasti tolak watak berpakaian seksi & bersentuhan


Liyana Jasmay pasti tolak watak berpakaian seksi & bersentuhan

Penyanyi dan pelakon Liyana Jasmay memberitahu bahawa dia kini akan menolak tawaran berlakon jika memerlukannya berpakaian seksi atau bersentuhan dengan bukan muhrim.

"Walaupun suami tidak meletakkan sebarang syarat, tetapi benda-benda macam ini kita perlu peka dan jaga hatinya dan keluarga agar mereka tidak terasa dengan lakonan yang dipaparkan nanti.

"Alhamdulillah keputusan itu langsung tidak menyekat rezeki saya," katanya yang dipetik dari mStar.

Pada masa sama Liyana turut meminta agar pengarah filem atau drama lebih sesnsitif terhadap pelakon wanita yang sudah berkahwin dengan tidak memberikan watak-watak yang tidak sepatutnya.

"Cuba kita ambil contoh seperti filem Indonesia iaitu "Kapal VanDer Wijck". Filem tersebut penuh dengan elemen cinta tetapi pelakon-pelakonnya langsung tidak bersentuhan antara satu sama lain.

"Kita juga boleh buat seperti itu dengan pelbagai teknik selain penghayatan lakonan. Rasanya, bukan satu masalah untuk pengarah menzahirkan rasa cinta dalam karya tanpa perlu bersentuhan."

Dalam perkembangan lain, Liyana kini mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan fesyen apabila telah menghasilkan rekaan jubah Bella Liyana Collection hasil kolaborasi dengan jenama pakaian muslimah Bella Ammara.

Koleksi jubah Bellay Liyana boleh didapati di butik Bella Ammara di Shah Alam dengan harga hanya RM294.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !