Isu yang melibatkan Shila Amzah dengan media Melayu memang hangat diperkatakan. Sehinggakan Melodi semalam juga memawancara beberapa orang untuk mengomen hal berkenaan.
Kata orang itu, Shila naik disebabkan media Melayu, gosipnya dengan beberapa bekas kekasih selebriti juga memainkan peranan dia berdiri dan dikenali sekarang.Memetik portal GUA, Dayang Nurfaizah yang sudah 15 tahun bergelar anak seni telah membidas selebriti yang menggunakan kuasa populariti laman sosial sebagai tempat meluahkan perasaan. Sebaliknya Dayang menyaran agar perkara itu tidak perlu diperbesar-besarkan, dan boleh diselesaikan dengan cara pribadi.
"Secara umumnya, bagi saya sendiri, industri kita ini tidak besar mana pun. Pusing-pusing nanti, kita akan jumpa orang yang sama juga. Artis dan media perlulah ada hubungan yang baik. Masing-masing perlu menjaga hubungan,"
"Kalau ada yang tidak betul, sebagai artis kita perlu tegur, tetapi tidak patut diperbesarkan. Jika ada sebarang masalah, berhubunglah secara peribadi. Seperti contoh jika ada penulisan yang kurang tepat, artis sendiri perlu hubungi media yang menulis cerita tersebut untuk memperjelaskan keadaan dengan cara baik,"
"Hal tersebut juga tidak perlu dibesar-besarkan. Tidak perlu menghebahkan perkara itu menerusi platform media sosial seperti Twitter dan Instagram. Jika ada perkara yang kurang jelas dan tidak betul, lebih bagus untuk artis terus menghubungi pihak yang terlibat. Lebih baik minta penjelasan daripada bercakap belakang. Perkara tersebut juga tak perlu diperbesarkan," -Dayang Nurfaizah