Perempuan hilang akal mana yang mahukan saya? - Awie


Perempuan hilang akal mana yang mahukan saya? - Awie

Setelah mengalami ombak besar dalam rumahtangganya dengan Rozana Misbun, Awie akui kini telah membina semula kehidupan keluarganya itu,




Memetik portal suara.tv, Awie sanggup berkorban untuk melihat anak-anaknya bahagia tanpa kasih sayang seorang ibu.
“Saya terpaksa bangkit dari bawah semula. Saya nak besar dan sekolahkan anak saya dengan tangan saya sendiri. Dari dulu sampai lah sekarang ni segala-galanya yang saya buat hanya untuk anak-anak saya.

“Sekarang ini saya nak pastikan sesibuk mana pun saya, saya akan tetap luangkan masa dengan anak-anak. Kalau perlu, saya akan bawa saya sekali anak-anak ke lokasi penggambaran. Setahun sekali saya akan bawa anak saya pergi bercuti. Lagipun mereka jarang dapat keluar atas faktor keselamatan. Jadi sesekali saya akan bagi ruang mereka berseronok.

“Macam sepanjang bulan Ramadan lalu, saya sibuk jalani penggambaran tapi bila dah hampir waktu berbuka saya balik masakan untuk mereka ataupun saya akan belikan makanan. Lepas berbuka, saya akan ke set semula. Saya dah pandai masak asam pedas okay

“Dalam saya mahu memulakan hidup baru, saya terpaksa tolak banyak tawaran. Teater Supermokh (Re-staging) sepatutnya saya tolak. Tapi Hans (Hans Isaac) bagi semangat pada saya. Lagipun ia atas permintaan Sultan Selangor.

“Saya juga tolak tawaran dari sertai keluarga Akademi Fantasia 2014 kerana saya tak mahu menganggu reputasi program tersebut. Saya tak mahu nanti kes saya dikaitkan sama. Sebab itu saya undur diri”

“Saya tak boleh tipu diri saya. Saya memang perlukan wanita (seorang isteri) di sisi saya. Kadang-kadang kita tertekan dengan masalah kerja dan pada siapa lagi kita nak mengadu kalau bukan pada isteri kita.

“Tapi, perempuan giler mana yang mahukan saya? Mungkin ada tapi boleh ker dia sayang saya dan sayang 5 anak. Mampu ker dia tahan dengan kerenah-kerenah anak-anak saya yang sedang membesar tu?

“Tapi saya belum terfikir ke arah itu (kahwin lain) lagi. Bercerai pun belum”, -Awie


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !