Rita Rudaini Mengamuk Kerana Ditegur Tidak Tutup Aurat


Rita Rudaini Dikatakan Mengamuk Kerana Ditegur Tidak Tutup Aurat

Rasanya Rita ni tak ganggu sesiapa pun. Tapi entah kenapa pasti akan ada je yang dok mengkritik hot mama ni.

Bunyi seperti berang dengan seseorang yang talam dua muka. Kalau ikut apa yang ditulis, seperti ada yang dengki, khianat, tikam belakanglah. Eh, macam-macamlah.


Antara foto yang dimuat naik oleh Rita di Instagram

Kalau korang nak tahu, Rita telah memuat naik sebuah foto yang dipercayai untuk menasihati mereka-mereka yang suka menabur fitnah keatas dirinya.

Selidik punya selidik, kami tertarik dengan komen-komen yang diberikan oleh segelintir pengikut Rita. Rupa-rupanya perbalahan ini dipercayai bermula apabila ada seorang individu menegur Rita mengenai auratnya.

Lalu, instagram itu pun bertukar menjadi medan perdebatan. Iyalah, kami faham tindakan individu itu hanya untuk menegur. Tapi teguran seperti apa yang diberi, kami kurang pasti. Mungkin komen itu telah dipadam.


Nah! bukan pengikutnya saja yang membalas kembali komen tersebut, Rita pun turut sama memberikan penjelasan dan menasihati peminatnya itu.


Apa yang dikatakan Rita itu ada benarnya. Iyalah, dosa pahala semua ditentutan tuhan. Nak menegur boleh, tapi berpada-padalah. Mungkin ada medium dan cara lain yang lebih sesuai kan?


Sumber www.ohbulan.com
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !