"Saya Doakan Wawa Zainal Sedar Dari Khayalan" - David Teo

Picture
"Saya Doakan Wawa Zainal Sedar Dari Khayalan" - David Teo

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)




Krisis dengan penerbit terkenal David Teo dan dua bekas artis dibawah naungan syarikatnya iaitu Aeril Zafrel dan isterinya Wawa Zainal masih lagi tidak menemui jalan penyelesaian yang baik.

Masing-masing bertindak mengeluarkan pelbagai kenyataan melalui media tanpa mahu bersemuka. Terbaru isu kereta milik Wawa Zainal kononnya telah dilarikan oleh pihak MIG dan Aeril juga turut mendakwa pihak MIG masih lagi berhutang sebahagian bayaran yang patut diterimanya.

Berikut merupakan penjelasan bagi pihak David Teo mengenai krisis yang melanda antaraya dengan pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal itu.

"Memang sudah lama ada konklusi. Tiada apa yang tidak selesai. Tapi mereka berpemikiran kebudak-budakkan dan anggap ia belum lagi selesai. Sebenarnya pihak syarikat telah lama menghantar surat hitam putih untuk berbincang. Tapi dia (Aeril) memilih media sosial untuk menyelesaikannya.

"Pejabat saya tidak pernah berpindah dan lokasi mereka pun dekat dengan pejabat saya. Kenapa tak mahu datang dan berbincang? Pejabat saya hari-hari buka. Kenapa dia guna media sosial? Kalau betul-betul nak tuntut, datang lah berbincang, kenapa pilih media sosial.

"Kalau ditolak, dicampur… memang ada benda yang patut dibayar dan ada yang tak patut dibayar. Dia (Aeril) sebenarnya hanya mahu menuntut seluar dan baju dalamnya saja.

"Media sosial ialah khayalan. Kalau tuntutan secara nyata ialah datang berbincang dan tandatangan. Semuanya kena ada hitam putih. Kalau mereka nak beli kereta itu, kita memang nak jual. Lagipun kereta itu sudah pakai, sudah tiada nilai lagi kalau nak jual pada pihak lain. Tapi mereka tetap nak pilih media sosial untuk ‘bercerita’.

"Dari segi rakaman, bukti, percakapan semua sudah disimpan secara baik mengikut undang-undang. Saya hantar surat minta Wawa datang ke pejabat, dia balas katanya, dia tak mahu datang, Aeril sekarang pengurus dia.

"Saya anggap dia (Wawa) kanak-kanak dan dia anak angkat saya dahulu. Jadi saya sentiasa mendoakan dia supaya sedar daripada khayalan dan belajar mengahdapi masa depan dengan lebih matang. Saya masih ada kesabaran untuk mengampunkan dia. Lagipun hal ini adalah hal sebelum kahwin.

"Dulu masa nak jadi artis dibawah syarikat saya, tahu pula dia datang jumpa saya. Tapi bila nak keluar dari syarikat, adakah saya pula yang harus berjumpa dengan dia?

Saya sudah minta dia datang dan berbincang untuk masa depan dia (Wawa) tapi katanya, dia bukan artis saya lagi. Jadi semuanya sudah tamat.

"Dia (Wawa) yang tamatkan saya bukan saya yang tamatkan dia. Jadi sekarang ni siapa yang sebenarnya cetuskan kontroversi…?" - David Teo.


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !