Awal tahun ini, bercakap kepada para media Yana Samsudin ada memberitahu yang beliau akan cuba membuka hati untuk berkahwin pada tahun ini dan memasuki September maka perlulah kami sebagai ‘kaki sibuk jaga tepi kain orang’ bertanyakan status terkini.
Memang saya ada beritahu wartawan kalau boleh saya mahu kahwin tahun ini tetapi sekarang bulan sembilan, tiada tanda tanda lagi maksudnya tiada apa apa yang berlaku sama ada kenduri kahwin ke, kenduri tunang pun tiada lagi,” jawab Yana Samsudin.
Apabila diajukan soalan tentang teman tapi mesranya Fadzil Zahari, Yana Samsudin berkata yang soal kahwin perlu diajukan sendiri kepada empunya badan namun tidak menolak jodoh bersama adik Farid Kamil itu kerana sudah lama mengenali jejaka itu.
Sumber : rotikaya.com