Azza Elite buang tiub fallopio selepas kandungan gugur tiga kali


Azza (Elite) buang tiub fallopio selepas gugur tiga kali

Penyanyi dan pelakon Azza (Elite) atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari mendedahkan dia terpaksa menjalani pembedahan membuang tiub fallopio pada bahagian kiri rahimnya pada Disember tahun lalu ekoran kandungannya itu berada di luar rahim.

Memetik laporan mStar, Azza turut memberitahu, selain daripada keguguran, doktor turut mengesahkan dia akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan cahaya mata pada masa akan datang.

"Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya saya kerana doktor mengesahkan saya sukar untuk hamil kerana hanya mempunyai satu tiub fallopio sahaja.

"Biarpun redha dengan kejadian itu, namun saya tidak pernah patah semangat kerana yakin suatu hari nanti Allah akan memberikan rezeki anak kepada saya dan suami," ujarnya.

Jelas pelakon berusia 35 tahun ini lagi, kali pertama dia mengalami keguguran adalah pada 2012 iaitu beberapa bulan selepas berkahwin dengan suaminya, Azlan Zulaily dan kali kedua pada Januari 2013.

Kemudian pada Disember tahun yang sama, doktor mengesahkan Azza mengandung buat kali ketiga tetapi mengalami keguguran pada minggu ketiga kehamilannya.

"Kehamilan ketiga itu adalah bukti kuasa Allah lebih daripada segalanya dan membuatkan saya bertambah yakin bahawa saya akan hamil lagi selepas ini," katanya lagi.

Akui menerima kesan dan menjadi murung dengan kejadian tersebut, Azza bersyukur kerana suaminya banyak memberi semangat dan memastikan dia mendapatkan rehat yang cukup.

Malah selebriti seperti Rozita Che Wan dan Didie Alias turut banyak memberi nasihat ketika mengharungi tempoh sukar itu selain memberikan tips bagi mendapatkan zuriat.

Dalam perkembangan lain, Azza kini sedang sibuk menguruskan perniagaan butik pakaian muslimahnya di Busana Mall, Kuala Lumpur. Malah dia juga bakal tampil dengan rekaannya sendiri yang diberi nama PAJ by Azza Elite dalam masa terdekat ini.


[Sumber Foto: Pena Hiburan]
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !