Siapa-siapa yang remaja dan bujang era 90-an pastinya mengenali penyanyi Shima (Ku Nazhatul Shima).
Dengar khabar Shima telah bercerai sejak 2 tahun yang lalu dengan lelaki berketurunan negara Kanada.
Namun itu bukanlah perceraian pertama buat dirinya, malah akuinya melalui laman mStar, ianya adalah yang ke EMPAT kalinya!
"Empat kali berkahwin, empat kali juga bercerai. Ingatkan yang terakhir sebelum ini dapat bertahan lama, tetapi jodoh kami tidak panjang.
"Kerana itu kami bercerai dua tahun lalu dan sekarang saya kembali solo. Cukuplah dengan alam berumahtangga. Bukannya serik, tetapi saya rasa hidup sendirian seperti sekarang lebih membahagiakan,"
"Dulu masa awal-awal bercerai, memanglah rasa sunyi, tetapi lama-lama rasa itu hilang lebih-lebih lagi apabila hari-hari kita diisi dengan pelbagai aktiviti.
"Sekarang ini saya rancang mahu kembali aktif dalam industri seni muzik tempatan. Lagipun saya dah lama tak keluar album. InsyaAllah pada tahun hadapan saya akan muncul dengan single lagu baharu," -Shima