Dulu Kesilapan Ejaan, Kini Rezeki Melimpah Ruah


Kesilapan Ejaan, Buat Rezeki Melimpah Ruah

Gara-gara tersilap eja dalam satu post yang disiarkan dalam laman Facebook bagi tujuan pengiklanan yang pernah viral suatu ketika dulu bertukar menjadi punca rezeki melimpah-limpah buat seorang jurugambar sambilan.

Zulkepli Yusop, 40, atau lebih dikenali dengan nama Toksyu Zul, kesilapan ejaan perkataan photography kepada p0rnografi dalam post berkenaan menyebabkan dirinya menerima pelbagai tohmahan negatif dari netizen.

Pada mulanya, Toksyu menyangka, kesilapan itu akan menjejaskan perniagaan perkhidmatan fotografi bersama kuda yang diusahakan bersama dengan rakannya. Namun, setelah membuat penjelasan atas kesilapan itu melalui media, dia bukan sahaja menerima reaksi positif, malah ramai netizen yang berminat untuk mencuba perkhidmatannya itu.

"Bagi saya, fenomena viral itu memberi hikmah kepada perniagaan saya untuk terus maju, malah saya bersyukur kerana ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sentiasa memberi dorongan," katanya.

Kini perniagaannya semakin maju dan turut menerima permintaan dari utara semenanjung. - My Media Hub

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !