Penyanyi dandut Amelina bukan satu nama asing dalam industri hiburan tanahair. Namun, sekitar tahun 1999 dia terus menyepi daripada dunia seni selepas mendirikan rumahtangga.
Walaubagaimanapun, kini selepas 15 tahun tidak beraksi, Amelina muncul untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian yang sangat dirinduinya. Walaupun enggan mendedahkan lanjut pengalamannya ketika menyepi, dia menganggap pengalaman itu sebagai "pembunuh" kerjaya seninya.
Amelina kini tampil bernaung di bawah Wake The Baby Records Sdn Bhd dan bakal menghasilkan single yang bakal menjadi pengenalan kepada kemunculan semula penyanyi itu.
Walaupun enggan berbicara lanjut tentang pernikahannya, Amelina hanya selesa berkongsi kebahagian bersama enam cahaya mata yang menjadi pembakar semangat untuk kembali aktif menyanyi.
"Saya akui berkahwin adalah antara alasan saya meninggalkan dunia nyanyian dulu. Tetapi kembali aktif selepas 15 tahun, saya lebih selesa untuk membiarkan ia menjadi satu kisah peribadi yang tidak dikongsi dengan sesiapa.
"Namun untuk saya terus hidup dalam kisah silam adalah sesuatu yang 'membunuh' secara perlahan. Justeru saya kuatkan hati, bulatkan tekad dan lupakan segala kisah itu untuk terus hidup dan memandang ke depan," katanya menerusi kenyataan media kepada wartawan.
Amelina mengakui masih lagi belum bertudung