Minggu yang lalu, industri hiburan kecoh gara-gara seorang pereka fesyen meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap seorang pelakon wanita yang didakwa tidak mahu menggayakan baju rekaannya di Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014).
Bagaimanapun, artis yang dimaksudkan, Chacha Maembong, memohon maaf secara terbuka dan memberi penjelasan kepada pereka fesyen tersebut agar isu itu tidak diperbesarkan.
‘Damage has been done’, imej Chacha Maembong terjejas akibat tindakan pereka fesyen terbabit menyebabkan kakaknya Emma Maembong tampil meluahkan cerita sebenar dan rasa tidak puas hatinya terhadap pereka fesyen ini melalui laman Instagram.
Menurut Emma Maembong, dia sudah lama berdiam atas dasar hormat dan menjaga nama pereka fesyen terbabit. Dia juga sebenarnya tidak mahu campur tangan dalam hal itu Bagaimanapun, apabila tuduhan yang dilemparkan terhadap adiknya dilihat melampau, dia terpaksa tampil menjelaskan keadaan yang sebenar.
“Saya ada dengan Chacha time nak pakai baju designer tersebut. And ukuran badan pada baju tersebut lari. Ada gelembung belakang dan ukuran ketiak pun lari.
“Masa fitting Chacha ada bagitau bahu ni senget tapi dia cakap “you jangan tengok sekarang, belum siap lagi ni” so she didn’t expect la on the event day baju dapat macam tu sebab dia dah ambik pin cucuk kat mana kena alter masa fitting. Sebab bila dapat baju dua-dua belah tangan lari tak sama.
“Pelik juga, baju artis lain dia buat perfect gila pulak. Jangan sebab adik saya artis baru awak boleh nak buat sesuka hati saja. And event pun nak start lagi setengah jam waktu tu. Just imagine keadaan sangat kelam kabut sebab baju tak muat, so Chacha terpaksa pinjam baju designer lain.
“Bila dah dekat event faham-faham saja lah kan? Dah nama pun event.. Nak kena interview lagi, ambik gambar dan layan orang semua. Memamng masa tu mana sempat nak bagitahu yang baju tak dapat nak pakai malam tu. Bukan sengaja tak nak bagitahu. Lepas habis event semua, saya sendiri whatsapp dia minta maaf dan jelaskan keadaan sebenar kenapa baju dia tak dapat dipakai.
“Tapi dia tak boleh teirma hakikat. Ingatkan dah settle tapi masih nak besarkan cerita. Sebenarnya kalau baju tu tak sempat pakai masa event tu, event lain masih boleh pakai. Kadang-kadang ada juga terjadi dekat Emma sendiri and usually designer lain faham dan amat professional, siap event lain pakai baju yang tak jadi dipakai tu.
“Tapi ni macam over sangat. Jangan nak cakap time nak sponsor ‘okay’ je. Tapi kalau salah designer tu sendiri ukuran tak sama dan tak dapat seperti yang dijanjikan, oh kita tak boleh bersuara pulak?
“It’s fair and square lah, designer buat baju, kita tolong mereka promote, sama-sama untung. Chacha dah pun minta maaf dekat public pasal issue ni, awak nak dia buat apa lagi? Perkara ini boleh settle cara baik and privately, tapi awak nak sangat post bagi satu dunia baca, so saya pun terpaksa post juga to clear things out.
“Maaf kalau saya ada salah cakap dan maaf juga kalau terasa. Cuma janganlah asyik nak cari salah orang saja,” jelas Emma Maembong.
Moga Ezuwan Ismail sedar dan bertaubat. Industri fesyen di negara ni bukannya besar sangat. Maka berpada-padalah membuat kenyataan public menyelar mana-mana artis pun. - My Media Hub