hLive, Apa Kata Malaysia, telah mengaturkan pertemuan pertama kalinya di antara Amelina dan juga Erra Fazira setelah 15 tahun lamanya tidak bertemu. Erra Fazira juga dikatakan meminta untuk dipertemukan dengan penyanyi dangdut tersebut.
Amelina dilihat sebak dan menangis apabila melihat kehadiran Erra. Sebelum ini Amelina juga dikatakan pernah cuba memasuki laman Instagram selebriti seperti Ziana Zain, Erra Fazira dan lain-lain, namun bimbang dirinya tidak diterima dan mempedulikannya.
"Aku bukan tak nak contact korang, aku takut korang tak terima aku," jelasnya kepada Erra yang spontan menyuruhnya berhenti merepek.
Menurut Erra, apabila mengetahui bahawa Amelina ingin muncul kembali dalam bidang nyanyian, membuatkannya terasa gembira dan mengalu-alukan kehadirannya kembali menghiasi industri muzik negara.
Dedah Amelina lagi, dia sebelum ini pernah menghubungi rakan artis seangkatannya, namun menerima respon yang tidak disangka-sangkakan.
"Kau hidup lagi?"
Respon negatif seperti itu menyebabkan dia fobia dan takut untuk menghubungi dan berjumpa dengan rakan-rakan lamanya.