Baru-baru ini Aliff Aziz sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila dia dikatakan bergaduh lalu menumbuk seorang pekerja hotel berdekatan Petaling Jaya dimana tempat dia menginap untuk AIM 21 sehingga melibatkan pihak polis untuk meleraikan keadaan.
Aliff mengakuinya yang dirinya tidak sedarkan diri atau disampuk (gangguan makhluk halus). Namun memetik portal mStar yang pihak hotel mengesyaki yang Aliff dalam pegaruh dadah ketika pergaduhan itu berlaku.
"Ketika kejadian, saya memang tidak ingat apa yang berlaku. Saya mula sedarkan diri selepas semuanya sudah selesai.
"Sepupu saya memberitahu, saya dah kena sampuk. Memang saya ada masalah lemah semangat sejak kecil lagi,”
"Bagi sesiapa yang telah menyaksikan kejadian itu, mungkin mereka akan memberi pelbagai persepsi terhadap tingkah laku saya itu.
“Tetapi nak buat macam mana, ia adalah hari yang malang buat saya,"
"Biarlah orang nak cakap apa! Sekarang ini saya sedang menjalani rawatan bersama seorang ustaz.
"Jika ada pihak mempertikaikan perkara ini lagi, saya sanggup mengambil ujian darah untuk membuktikan bahawa saya tiada pengaruh dadah," -Aliff