lakonan Rita dan Remy Ishak untuk drama Satu Hari di Sarajevo
Rita Rudaini kini berasa amat berat hati atau malu untuk digandingkan menjadi heroin kepada hero pelakon lelaki lebih muda darinya.
Memetik portal mStar, faktor usia yang menyebabkan Rita risau peranannya untuk berlakon tidak menjadi.
Memetik portal mStar, faktor usia yang menyebabkan Rita risau peranannya untuk berlakon tidak menjadi.
"Saya risau juga apabila digandingkan dengan pelakon muda, takut saya nampak tua dan tidak sesuai dengan gandingan saya di televisyen nanti.
"Tetapi sehingga kini saya sering ditawarkan menjadi heroin kepada aktor-aktor muda dan berdasarkan kata pengarah, pihak stesen TV yang mahukan saya. Nak tergelak pun ada, saya anggap semua ini rezeki buat anak-anak,"
"Apa-apapun, saya hanya menerima tawaran lakonan sekiranya pelakon lelaki itu pernah bergandingan dengan saya. Kalau tidak, susah untuk saya mendapatkan keserasian.
"Malah saya akan menolak dengan baik jika ada penerbit yang mahu saya bergandingan dengan aktor berwajah 'jambu'. Rasa macam dah tak sesuai sangat dah tu," -Rita