Pelakon cantik Nora Danish antara artis yang mengenakan caj periklanan produk paling tinggi di Instagram.
Memetik laporan daripada mStar, caj yang dikenakan antara RM1,500 sehingga RM3,000 dimana Nora merasakan bersesuaian dengan jumlah pengikutnya yang mencecah 1.4 juta di laman sosial tersebut.
Nora juga mengenakan caj mengikut hari dan masa tertentu dimana bayaran RM1,500 dikenakan bagi tempoh lima hari dari hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 10 malam sehingga 12 pagi.
Manakala untuk tempoh iklan bermula 1 petang hingga 9 malam pada hari yang sama dan pada hari minggu akan di caj sebanyak RM3,000.
Antara artis lain yang mengenakan caj periklanan adalah Raisyyah Rania ataupun Felixia Yeap yang mempunyai 214 ribu pengikut, yang mengenakan caj dengan harga RM2,000 mengikut pakej, dimana dia akan membuat iklan sebanyak dua kali di Instagram dan sekali di Facebook, manakala untuk tiga iklan pula berharga RM2,500.
Bagi penyanyi Fynn Jamal yang mempunyai 408 ribu pengikut, dia meletakkan harga mengikut kemampuan perniaga diantara RM200 hingga RM500.
Pelakon Fizo Omar pula yang mempunyai 380 ribu pengikut pula mengenakan caj di bawah RM1,000 dan akan memberikan diskaun pada masa-masa tertentu kepada peniaga.
Dia juga menganggap periklanan di laman sosial merupakan kaedah baru dalam dunia perniagaan dalam mempromosikan sesuatu produk dan tidak salah bagi seseorang artis untuk mengenakan caj tetapi biarlah berpatutan.
"Cuma saya harap , bagi pihak artis janganlah letak harga yang begitu tinggi sehingga membebankan peniaga-peniaga yang baru ingin menapak."

[Sumber Foto: Twitter Nora Danish ]