Selepas dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2014 baru-baru ini, pelakon cilik berbakat, Puteri Balqis sekali lagi melakar sejarah dengan memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Asian Television Award 2014 di Singapura semalam.
Memetik laporan Berita Harian, dalam pencalonan tersebut, pelakon berusia tujuh tahun itu menewaskan lima lagi calon dari Singapura, Hong Kong dan Taiwan sekaligus memecahkan rekod sebagai calon paling muda memenangi ketegori tersebut.
Nama Balqis dihantar sendiri oleh pengarah Erma Fatima pada bulan lalu untuk anugerah tersebut dan dicalonkan dalam kategori "Best Actress in a Leading Role".
Balqis telah memuat naik fotonya bersama trofi di laman Instagram miliknya dengan kapsyen, "For U Malaysia" dan turut mengucapkan ucapan terima kasih kepada Erma Fatima yang juga merupakan pengarah drama "Balqis" lakonannya.