Adakah ini lakonan semata-mata untuk meningkatkan populariti?
atau memang benar-benar berlaku? hanya mereka dan Allah sahaja yang mengetahuinya. Begitulah episod cinta Zizan Razak dengan Emma Maeombong yang dikhabarkan sudah bertaut kembali setelah beberapa hari putus cinta.
Namun bagi Zizan yang memetik portal mStar semalam, dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai hal itu, hanya mahu korang berdoa agar mereka boleh kahwin kelak.
"Saya tidak mahu kongsi tentang perkara itu kerana bagi saya ia sudah selesai, kami sudah kembali bersama dan ia tidak perlu diperbesarkan lagi.
"Saya hanya harap yang terbaik dan minta semua peminat mendoakan kami. Sekarang masa saya untuk beri perhatian kepada kerjaya," -Zizan