Sebelum ini, Siti Nurhaliza hangat diperkatakan hendak mengambil anak angkat dua adik beradik yang ib bapa serta adik mereka terkorban dalam kemalangan di lebuh raya DUKE tempoh hari.
Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza memenuhi hasrat adik Nur Firuza Amira Fairuz Nizam untuk bertemu dengannya di kediaman neneknya di Taman Batu Muda, Gombak kira-kira 3.15 petang ini. Turut kelihatan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Sebelum ini viral...
Satu video yang mula tersebar di media sosial, salah seorang anak mangsa kemalangan maut di Lebuh Raya Duke, Nur Firuza Amira, 7 berkata, dia teringin untuk bertemu penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.
Siti Nurhaliza dikatakan mengambil Amira dan Aqila sebagai anak angkat adalah tidak benar kerana spekulasi itu sengaja direka oleh sesetengah pihak dan perkara ini telah dijelaskan oleh pembantunya di laman sosial.
Spekulasi Siti Nurhaliza mengambil anak angkat apabila video 6 saat adik Amira tersebar yang meluahkan perasaan teringin untuk berjumpa Siti Nurhaliza.
Untuk menunaikan hasrat adik Amira, Siti Nurhaliza telah pun menziarahi keluarga mangsa nahas di lebuh raya DUKE di Taman Batu Muda, Selangor petang tadi.
Gambar Siti Nurhaliza bersama Amira dan Aqila, anak mangsa nahas DUKE
HDMalaysia – Alhamdullillah, masih ada yang sayang.