Pelakon Maya meninggal dunia akibat kanser

Innalillahiwainnalilahirajiun... Penyanyi Maya Matahari telah kembali ke Rahmatullah...... smoga Allah ampunkan segala dosanya dan ditempatkan disisi orang beriman.. Al Fatihah. Maya atau nama sebenarnya, Meyanaliza Ruslee difahamkan menghidap kanser tisu sejak tahun lalu.

Maya Matahari meninggal dunia akibat kanser

Penyanyi yang pernah masyhur dengan lagu Matahari, Maya meninggal dunia akibat kanser pada Rabu.

M
aya atau nama sebenarnya, Meyanaliza Ruslee difahamkan menghidap kanser tisu sejak tahun lalu.

Bagaimanapun, Allahyarham yang berusia 44 tahun difahamkan tidak mahu berita penderitaannya dihebahkan kepada peminat, media dan masyarakat.

Beberapa artis popular yang juga rakan baik Allahyarham Maya seperti Haiza dan Ieda Moin ketika dihubungi memberitahu, mereka juga baru mendapat khabar duka mengenai pemergian penyanyi berkenaan.

Namun, Haiza dan Ieda tidak dapat berkongsi sebarang maklumat dan sedang menunggu berita lanjut.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !