Tahniah, Erra fazira dikhabarkan sudah selamat berkahwin dengan menteri….

Erra Fazira didakwa isteri kedua ahli politik, peminat ucap tahniah - “Pandai pilih tarikh nikah betul-betul tragedi Oktober”

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Ahmad Faizal nafi sudah berkahwin dengan Erra Fazira

IPOH - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan laporan sebuah portal mendakwa beliau sudah berkahwin dengan selebriti terkenal tanah air, Erra Fazira.

Picture
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

Menerusi portal tersebut, Erra Fazira dikatakan sudah berkahwin sebagai isteri kedua dengan seorang seorang ahli politik.

Picture
Erra Fazira, Ahmad Faizal

Khabar angin yang tular menerusi Twitter sejak Ahad itu mengaitkan Ahmad Faizal sebagai ahli politik yang dimaksudkan.

"Tak betul," jelas Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun ringkas kepada Sinar Harian pada Isnin.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang itu berkahwin dengan Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi dan mempunyai 2 orang anak.

'Saya masih ibu tunggal' - Erra Fazira

Pelakon popular Erra Fazira menafikan khabar angin mengatakan dia sudah berkahwin dan menjadi isteri kedua kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.


Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek berkata, statusnya kini masih ibu tunggal dan belum menjadi isteri orang.

Dalam masa sama, Erra turut memohon doakan yang terbaik untuknya jika dipertemukan jodoh satu hari nanti.

"Sudah la tu….Letih dengan cinta, putus cinta, kahwin, tak kahwin. Status saya masih lagi ibu tunggal.

"Apa yang saya pinta, doakan saja segala yang terbaik seandainya dipertemukan jodoh satu hari nanti.

"Sekiranya masa itu tiba nanti, doakan jodoh itu yang membahagiakan dan berkekalan hingga ke jannah," katanya menerusi satu mesej.

Terdahulu, nama pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia 2000 dan 2005 itu kembali menjadi tumpuan ramai apabila dikatakan sudah bergelar isteri kedua kepada menteri terbabit.

Sejak semalam tular diperkatakan di Twitter seorang wargamaya berkongsi ciapan mengatakan pelakon dan penyanyi itu kini bergelar isteri kedua hasil perkahwinan di Thailand.

Menerusi ciapan sama, individu terbabit turut mempersoalkan sama ada isteri pertama kepada menteri itu tahu dirinya dimadukan atau tidak.

Individu Ini Beritahu Erra Fazira Jadi Isteri Kedua Ahli Politik. Rupanya Dari Sini Dia Dapat Info Tersebut

Erra Fazira dah kahwin dengan Menteri mana tu? Tahniah Selamat Pengantin Baru

Sejak semalam hangat diperkatakan di laman Twitter seorang netizen berkongsikan mengenai khabar angin mendakwa pelakon dan penyanyi Erra Fazira kini bergelar isteri kedua kepada seorang ahli politik.


Menerusi perkongsian di Twitter, netizen itu turut mempersoalkan sama ada isteri pertama kepada ahli politik berkenaan tahu tentang perkara itu atau tidak.


Perkongsian netizen itu ternyata mengejutkan ramai serta bertanyakan dari mana mendapat khabar angin tersebut serta mempersoalkan kesahihan dakwaan berkenaan. Bagaimanapun itu hanya dakwaan netizen, tidak dapat dipastikan kesahihahn mengenai dakwaan bertebaran itu.


Terdahulu, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006.


Erra kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 2007 namun bercerai pada 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya kini berusia 12 tahun.

SOURCE: Roti Kaya

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !