“Jangan Fitnah.. Suami Dah Minta Maaf ” -Isu Lelaki Maki Pak Guard, Si Isteri Tampil Beri Penjelasan Dari Pihak Mereka

Picture
Macam2 hal..

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Macam2 hal..

Sejak semalam media sosial hangat memperkatakan mengenai tindakan seorang lelaki yang memaki hamun seorang pengawal keselamatan sebuah apartment di ibu kota kerana tidak menjaga anaknya.

Kejadian tersebut mula hangat selepas pihak pengurusan rumah berkenaan iaitu Perbadanan Pengurusan Residensi Awani memuat naik notis di Facebook mereka berserta tangkap layar insiden yang diambil dari CCTV di lobi aparment berkenaan.

Ia kemudian mula tular di media sosial sehingga menaikkan kemarahan orang ramai.


Menerusi satu video tular, seorang lelaki dipercayai supervisor guard berkenaan kemudiannya ‘turun padang’ dengan berdepan lelaki terbaik selain merakam video insiden berkenaan.


Siapa sangka disebalik ciapan tersebut, seorang wanita dipercayai isteri kepada lelaki berkenaan yang turut berada didalam video tersebut tampil mempertahankan tindakan mereka dan menjelaskan kisah di pihak mereka.

Menurut wanita tersebut, dia menanggap orang ramai tidak tahu apa yang sudah terjadi. Jelasnya dia tidak terlalu naif untuk meninggalkan anaknya seorang diri apatah lagi dia baru keluar dari hospital.


Menerusi satu lagi ciapan dia turut berkongsi tangkap layar borang aduan kepada pengurusan yang diisinya bagi menjelaskan situasi dipihaknya.

Jelasnya, dia terpaksa meninggalkan anaknya itu di meja sekuriti disebabkan mereka kehilangan kad ‘Touch n go’ justeru tidak dapat memasuki kawasan parkir.

Namun sebaik kembali ke pos sekuriti tersebut, anaknya hanya ditinggalkan berseorangan sedangkan sebelum itu terdapat dua pengawal yang sedang bertugas.


“Jadinya sekuriti disini jaga apa ? Bangunan? Bukan penduduk?” Tulis di dalam borang aduan tersebut.

Menerusi satu lagi ciapan,dia turut mengingkatkan orang ramai agar tidak menabur fitnah dengan hanya berdasarkan video yang tular.

Jelasnya juga, suaminya juga sudahpun meminta maaf kepada pak guard berkenaan walaupun dia juga ada melakukan kesalahan.

Orang ramai kena sedar tanggungjawab masing2

Tambahnya lagi orang ramai perlu mengubah mentaliliti dan sedar hak dan tanggung jawab masing-masing.

Dia yang masa turut berkongsi tangkap layar tugas-tugas sekuriti yang diambilnya dari sebuah portal turut memaklumkan akan membuat aduan kepada Kementerian Dalam Negeri berhubung insiden tersebut.



SOURCE: BUZZKINI

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !