Antara punca 2 Beradik Terperangkap Dalam Perodua Alza Selama Sejam


2 Beradik Terperangkap Dalam Perodua Alza Selama Sejam!

Dua beradik terperangkap dalam kereta Perodua Alza hampir sejam bilamana ayahnya meninggalkan mereka berdua untuk berurusan di bank.

Dalam kejadian 8.40 pagi di depan sebuah bank berdekatan dengan Garden Homes, Seremban 2, dua budak berusia 1 tahun dan 3 tahun terkunci dari dalam kenderaan yang enjinnya masih hidup.

Kedua-dua kanak-kanak  terbabit sedang leka bermain sesama sendiri biarpun kenderaan milik ayah mereka sudah pun dikerumuni oleh orang ramai.

Pihak Bomba & Penyelamat yang dipanggil ke tempat kejadian cuba memanggil dan menarik perhatian dua beradik berkenaan terutama abangnya untuk membuka kunci pintu dari bahagian dalam, namun gagal kerana mereka masih belum dapat memahami insiden yang menimpa diri mereka.

Bomba juga cuba membuka kesemua pintu menggunakan dawai besi, tetapi gagal kerana sistem keselamatan MPV itu.

Keadaan itu memaksa pihak Bomba membawa bapa dua beradik berkenaan pulang ke rumah untuk mengambil kunci pendua.

Bomba pada masa itu nekad mengambil tindakan memecahkan tingkap kenderaan jika itu merupakan jalan terakhir bilamana bapanya gagal menemui kunci pendua atau dua beradik tersebut sudah mula tidak sedarkan diri akibat lemas.

Walau bagaimanapun, masalah itu selesai apabila 45 minit kemudian si bapa datang kembali dengan kunci pendua.

Orang ramai diingatkan agar tidak meninggalkan anak-anak dalam kenderaan tanpa pengawasan orang dewasa bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. - Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !