MAIRA TERIMA JERSI LIVERPOOL YANG DITANDATANGANI
MAIRA TERIMA JERSI LIVERPOOL YANG DITANDATANGANI
Remaja Maira Elizabeth Nari yang kehilangan ayahnya ketika menaiki pesawat MH370, menerima jersi Liverpool yang ditandatangani pengurus Brendan Rogers dan pemain menjelang aksi skuad itu menentang Manchester City malam ini.
"Saya mahu memasang bingkai pada jersi ini. Dad, ini adalah untuk awak. Saya pasti awak adalah orang paling gembira di bumi sekarang," kata Maira yang dilaporkan Liverpool Echo.
"Diharapkan Liverpool selalu berada di atas liga dan diharapkan kamu memenangi msuim ini untuk ayah, untuk kami dan untuk peminat. Tuhan merahmati dan terima kasih banyak. Saya tidak boleh meminta lagi,"katanya menerusi Twitter.
Jersi tersebut tertulis nama Andrew Nari dan nombor 1, selain penuh dengan tandatangan pemain-pamain dan juga pengurus.
Dalam Twitternya, Maira turut mengucapkan terima kasih kepada tiga rakyat Malaysia yang berkunjung ke Anfield baru-baru ini untuk menyaksikan perlawanan Liverpool menentang Tottenham, bertemu dengan pengurus kelab dan beberapa pemain untuk menandatangani jersi tersebut untuknya.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date