Noryn Aziz Namakan anak Raja Bariq Umar Shah


Raja Bariq Umar Shah Nama Anak Noryn Aziz

Jika sebelum ini HD Malaysia ada menyiarkan berita penyanyi Noryn Aziz yang telah selamat melahirkan cahaya mata pada 25 Ogos lalu, kini kami kongsikan pula nama dan wajah comel anak ini.

Noryn dan suami, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad telah sepakat menamakan anak mereka dengan nama, Raja Bariq Umar Shah. Malah, menerusi akaun Instagramnya juga, Noryn telah memuat naik foto Umar di dalam dakapan kedua ibu bapanya. Comel sungguh!



Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Semoga kehadiran cahaya mata ini akan mengeratkan lagi hubungan mereka sekeluarga.


Noryn Aziz Selamat Bersalin Anak lelaki


Tahniah diucapkan kepada penyanyi Noryn Aziz yang telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

HD Malaysia difahamkan anak sulung hasil perkongsian hidup bersama suami, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad telah dilahirkan secara normal dan kini kedua-duanya berada dalam keadaan sihat.

Tentunya kehadiran cahaya mata ini amat dinantikan oleh Noryn dan suami kerana sebelum ini Noryn pernah mengalami keguguran.


Tahniah sekali lagi diucapkan. Semoga Noryn dapat menjalani tempoh berpantang dengan lancar.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !