Penyanyi lagu popular berjudul "Niat", Elyana memaklumkan dirinya tidak pernah membuat keputusan untuk berhijab seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak apabila dikatakan sudah tidak lagi mengenakan tudung baru-baru ini.
Menurut laporan portal OhBulan!, pelakon drama "Dunia Baru" ini sudah pun menjelaskan perkara terbabit menerusi laman sosial Instagramnya."Ya, saya masih belum bertudung dan saya tidak pernah menyatakan yang saya sudah bertudung tetapi saya sangat suka mengenakan tudung.
"Jadi kepada anda yang suka mengata doakan saya kekal bertudung," ujar Elyana menerusi media sosial berkenaan.
Dalam pada itu, penyanyi yang kini berusia 27 tahun ini kelihatan agak kesal dengan komen negatif yang dilemparkan kepadanya apabila dikatakan jahat kerana membuka tudung semula.
"Rasanya nak terangkan berapa kali ya? Letihnya. Saya belum lagi bertudung, tapi akan…siapa tak nak berubah ke arah kebaikan?," luah isteri kepada Khairul Anuar Haji Husin ini.
Ternyata ibu kepada puteri sulung bernama Chinta Sumayyah ini masih belum berhijab sepenuhnya, marilah kita doakan sahaja yang terbaik buat dirinya sekeluarga.