Sambut Hari Jadi Bersama, Shahrul Tidak Menolak Jika Jodohnya Dengan Adira


Sambut Hari Jadi Bersama, Shahrul Tidak Menolak Jika Jodohnya Dengan Adira

Fuh ~~ Memang gentleman sungguh Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin ini. Sebelum ini Admin pernah menulis artikel mengenai hubungan teman tapi mesranya dengan Adira, hari ini menerusi Berita Harian, Shahrul mengakui tidak akan menolak sekiranya memang sudah tertulis jodohnya adalah Adira.

Kalau Admin jadi Shahrul pun, buat apa nak tolak gadis secantik Adira kan? Kata Shahrul:-

Saya tidak menolak jika ditakdirkan antara kami memang ada jodoh. Jadi, doakanlah yang baik-baik. Jika hubungan ini melangkah ke peringkat seterusnya, saya bersyukur. Kami dalam proses mengenali antara satu sama lain. Buat masa ini, Adira saja kawan perempuan yang dekat dengan saya. Malah, Adira juga mengenali keluarga saya dan rapat dengan mereka. Sebelum ini, dia berkawan baik dengan adik saya

Kalau dah sampai tahap kenal keluarga, nampaknya hubungan mereka ini sudah lebih maju daripada apa yang Admin sangkakan. Baguslah begitu. Apabila ditanya sama ada status selebriti Adira bakal menimbulkan masalah dalam perhubungan mereka, Shahrul menjawab:-
Nyanyian juga ialah satu pekerjaan. Dan, tidak salah sekiranya saya sebagai orang biasa berkawan rapat dengan selebriti. Pemikiran (negatif) yang kita lihat sekarang perlu ditangkis, di mana selebriti tidak boleh berkawan dengan orang seperti saya.

Kita juga tidak harus mempunyai anggapan semua selebriti bermasalah. Selama saya mengenali Adira, saya dapati dia seorang yang tidak suka keluar malam dan tidak gemar bersosial.
Dia memang berbeza daripada yang lain. Semua itu kita dapat nilai dan lihat apabila kita berkawan rapat dengannya. Kita tidak boleh melihat dari luaran ataupun mendengar mulut orang saja.
Kalau hati sudah suka, semua benda akan nampak sempurna di mata sendiri kan? Namun yang pasti, Shahrul lebih mengenali Adira dan pastinya tahu sama ada Adira sesuai dengan dirinya atau tidak. Semoga kali ini, Adira akan benar-benar bertemu lelaki pilihannya setelah gagal beberapa kali sebelum ini.


Sama-samalah kita doakan.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !