Kieran tinggalkan Hot Fm sebab..
Dengar khabar yang Kieran telah meninggalkan stesen radio Hot FM selepas 6 tahun bersama stesen radio itu. Semalam adalah hari terakhir beliau di Hot FM menurut laporan Bharian.
"Saya tak merancang apa apa lagi selepas ini. Saya terbuka kepada apa saja tawaran mendatang.
"Pada masa yang sama, perniagaan sejuk beku di bawah nama Kieransfoodproducts yang diusahakan sejak dua bulan lalu akan terus saya tumpukan.
"Saya juga berminat untuk berjinak jinak dengan kerjaya pengacaraan mahupun sebagai pengulas dalam bidang sukan... jika ada tawaran," -Kieran