Pelakon popular Datin Umie Aida redha dan tetap akan terus menyokong suaminya iaitu Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan selepas kediaman mewah mereka di Mont Kiara dilelong baru-baru ini berikutan suaminya diisytiharkan muflis.
"Ia mengejutkan. Sebagai isteri saya akan terus sokong suami saya dalam keadaan susah dan senang. Saya akan tetap bersama dengan dia," ujarnya yang dipetik dari mStar.
Terdahulu sebuah akhbar melaporkan kediaman milik Khairuddin yang merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang telah dilelong dalam acara yang diadakan di Hotel Istana dan telah dibeli oleh seorang wanita dengan harga RM2.1 juta.
Dalam pada itu, Umie atau nama sebenarnya Umie Aida Rahmad yang ditanya mengenai pengisytiharan muflis terhadap suaminya tidak dapat mengulas lanjut berhubung perkara itu dan meminta bertanyakan sendiri kepada suaminya untuk maklumat lanjut.
Sementara itu, pelakon berusia 42 tahun itu menganggap perkara yang terjadi kepadanya adalah ujian daripada Allah dan mempunyai hikmah disebaliknya.
[Sumber Foto: Instagram Umie Aida]