DS Najib kongsi gambar daripada lawatan rasmi Barack Obama dalam Facebook

DATUK Seri Najib Razak hari ini berkongsi gambar-gambar daripada lawatan rasmi Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkongsi gambar-gambar daripada lawatan rasmi Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Malaysia baru-baru ini.

Kira-kira 31 gambar dikongsikan dalam Facebook beliau dan antara lain di Parlimen bersama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, selfie Najib dengan Obama, lawatan ke Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC), di sidang akhbar dan dengan kenderaan rasmi Presiden yang dikenali sebagai 'The Beast'.

Antara kapsyen dalam gambar itu ialah "April 2014 menandakan satu peristiwa dalam sejarah Malaysia apabila Presiden Amerika Syarikat Barack Obama melawat negara kita selama tiga hari, menjadikan beliau Presiden Amerika kedua berbuat demikian selepas lawatan Presiden Lyndon B Johnson pada 1966.

"Ia adalah satu keseronokan menjadi hos beliau, dan kedua-dua negara bersetuju meningkatkan hubungan dua hala kepada perkongsian menyeluruh," kata Najib.

Lawatan Obama ke Malaysia pada 26 April adalah yang pertama oleh Presiden Amerika yang sedang menduduki kerusi Presiden sejak Johnson pada 1966.

Presiden Amerika itu diberi sambutan permaidani merah di Bangunan Parlimen, diraikan dalam jamuan negara dan mengadakan mesyuarat dengan Najib dan sesi perjumpaan dengan para pemimpin muda Asia Tenggara.

Pemimpin Amerika Syarikat itu juga melawat Masjid Negara dan bersama-sama dengan Najib melancarkan Pusat Kreatif dan Inovasi Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya, sebuah bandar raya pintar yang menjadi hos kepada 800 firma ICT dan bukan ICT termasuk 43 perbadanan multinasional.

Malaysia adalah hentian ketiga daripada lawatan Obama ke empat negara di Asia, yang bermula di Jepun diikuti Korea Selatan. Presiden itu berlepas ke Filipina pada 28 April, hentian terakhir dalam siri lawatannya. - BERNAMA

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !