Hasil Syiling emas pertama dijumpai di Pulau Nangka

Dua keping 'medal' dipercayai dari zaman Kesultanan Melayu Melaka yang ditemui dalam pencarian harta di Pulau Nangka, akan dihantar ke makmal serta Jabatan Warisan Negara esok untuk diuji kesahihannya.Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata ujian di makmal penting bagi memastikan sama ada medal itu diperbuat daripada emas atau tembaga selain usia bahan itu sendiri.Manakala ujian oleh Jabatan Warisan Negara perlu bagi memastikan artifak itu dari zaman Kesultanan Melayu Melaka.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Syiling emas pertama dijumpai di Pulau Nangka

MELAKA: Kerja-kerja pencarian harta karun oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd di Pulau Nangka akhirnya membuahkan kejayaan apabila syiling emas pertama ditemui pada pukul 11.15 malam.

CNN melaporkan tindakan itu antara lain adalah kerana terdapat warga AS yang menaiki pesawat berkenaan.

Kejayaan terbabit disusuli penemuan syiling emas kedua pada pukul 11.30 malam yang dipercayai milik Kerajaan Majapahit berdasarkan tulisan yang terdapat di syiling berkenaan.


Pengarah Urusan syarikat, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said berkata, syiling emas itu ditemui semasa kerja-kerja pengorekan yang dilakukan di salah sebuah lubang yang dipercayai di dalamnya terdapat harta berkenaan.

“Syarikat akan menghubungi PERZIM dan kerajaan negeri untuk memaklumkan hal ini dan memohon untuk meneruskan kerja-kerja penggalian di Pulau Nangka akan dimaklumkan secepat mungkin.


Berdasarkan pada imbasan bumi memang ianya terdapat dalam gua tersebut. Insya Allah jika tiada aral melintang setelah blok batu dikeluarkan serta batuan kecil batu dibersihkan, kita akan dapat masuk ruang kosong tempat menyimpan peti peti harta tersebut,” jelas Mohammad Foad Khushairy.


Katanya, kerja-kerja penebukan siap sepenuhnya malam tadi dan dijangka kerja-kerja mengangkat batu keluar akan dilakukan hari ini bagi membolehkan harta terbabit dibawa keluar.

Mohammad Foad yakin harta itu terdapat di bawah batu terbabit selepas melakukan teknik geoteknikal menggunakan imej imbasan bumi.


Sekurang-kurangnya terdapat lima buah peti besi yang dipercayai mengandungi emas di ruang berkenaan daripada 20 bilik yang terdapat di dalam gua itu.

Katanya, berdasarkan imej imbasan itu, mereka menjangkakan terdapat 96 peti besi yang mengandungi pelbagai syiling emas, emas dan barangan berharga yang dikatakan disembunyikan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka bagi mengelak diceroboh pihak Portugis terkandung di gua berkenaan. -AWANI

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !