Auntie 'Sound' Ganas Remaja Perempuan Berpakaian Sek-si Di Khalayak Umum (VIDEO)


Auntie 'Sound' Ganas Remaja Perempuan Berpakaian Sek-si Di Khalayak Umum (VIDEO)

Kalau anda sangka makcik-makcik bertudung di Malaysia sahaja yang sakit mata melihat pakaian tak cukup kain sesetengah remaja sekarang, auntie di Singapura juga lebih kurang sama.

Tapi kalau tengok cara auntie ini memarahi seorang remaja perempuan memakai t-shirt ter-dedah belakang ini, sikap nak menegur tu dah kena tapi pendekatan diguna boleh dikatakan terlalu ganas.

Bayangkan di tengah-tengah kompleks beli belah auntie ini menengking remaja tersebut menyuruhnya memakai baju yang elok sikit lain kali, siap dengan tambahan “you s-hit!” di hujung nasihat menandakan darahnya dah terlalu mendidih.


 

KLIK UNTUK LIHAT VIDEO

Mungkin sebab bengang campur malu, remaja yang ditegur bertindak merakam perlakuan ini hingga auntie terbabit semakin naik angin dan menyuruhnya ambil gambar diri sendiri.

Mak ai kalau dengan anak orang lain garangnya macam ini, kalau anak sendiri dah kena rebus agaknya!

Apa pun kepada remaja perempuan di luar sana, silalah berpakaian sopan sikit bila keluar rumah tu. Ada tu terlalu berani memakai pakaian terdedah sampai orang lain yang tengok pun naik takut kamu akan di-rogol. – MYNEWSHUB

REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !