Enggan memanjangkan isu ugutan berbaur lucah yakni ancaman rog0l daripada salah seorang pengikut laman sosial popular, Instagram, Nora Danish bagaimanapun sudah membawa perkara berkenaan kepada pihak berkuasa seperti yang dilaporkan sebelum ini.
"Saya tak mahu komen panjang mengenai hal ini. Tapi bukan senang untuk saya layan kerenah pengikut di laman ini.
Ada bahayanya juga jika kita memuat naik gambar di mana kita berada kerana ramai stalker.
Ini soal keselamatan dan saya tak boleh ambil mudah," katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada BH Online sebentar tadi.
Nora sedar kebarangkalian hal tak terduga ini akan terjadi apatah lagi jumlah pengikutnya di laman Instagram terus meningkat.
Nora sebelum ini menjadi artis Malaysia pertama memiliki pengikut di laman itu mencecah sejuta.