Kisah Manis Hairul Azreen sebagai tukang cat jalan, Pernah ditertawakan impi beli kereta mewah

FOTO lama Hairul Azreen ketika kerja sebagai tukang cat jalan pada 2007.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Tukang cat jalan impi beli kereta mewah, dulu Hairul Azreen ditertawakan!

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah filem popular, Hairul Azreen, 33, berkongsi cerita dirinya pernah digelakkan rakan sekerja mengenai impian besar untuk memiliki kereta mewah sewaktu dia bertugas sebagai tukang cat jalan raya pada 2007 lalu.

Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris berkata, dia tidak pernah lupa pada insiden lama itu (digelak rakan sekerja) yang baginya menjadi bukti bahawa tidak salah untuk menyimpan angan-angan besar.


"Masih tak lupa masa saya kerja cat jalan 2007. Masuk kerja jam 12 tengah malam, habis kerja jam 5 pagi, sebab orang sudah siap nak pergi kerja.

"Tapi masa kerja itu, ada kereta-kereta 'sport' laju lalu sebelah saya, lepas itu saya apa lagi terus menjerit satu hari nanti, saya kerja rajin-rajin dan beli 'sebiji' (kereta).

"Selepas itu kawan yang kerja cat dengan saya cakap, 'Kau apahal? Gila!'," katanya.


Pelakon filem Paskal itu juga percaya kata-kata juga sebenarnya doa, selain bekerja-keras memajukan diri demi mencapai sesuatu impian dihajati.

"Kalau inginkan sesuatu atau impian kita itu digelakkan kawan, maknanya impian kita itu besar dan bagus untuk kita tuju sebab kata-kata itu doa," katanya.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di
Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !