Suami Rozita Che Wan Zain Saidin Tak Halang Anak Che Ta Ammar Effendy Ke Kelab Malam

Suami Rozita Che Wan Zain Saidin Tak Halang Anak Che Ta Ammar Effendy Ke Kelab Malam

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Bila Zain Tak Halang Anak Rozita Che Wan Ke Kelab Malam

Suami kepada pelakon Rozita Che Wan, Zain Saidin menjelaskan gosip mengaitkan anak tirinya, Ammar yang dikatakan berpeleseran di kelab malam bersama kereta mewah yang dihadiahkan oleh isterinya itu bukan satu masalah baginya.

Ini kerana Zain berpendapat bahawa Ammar dalam proses membesar dan bersifat ingin mengetahui.

"Saya dahulu pernah melalui zaman remaja. Kita sendiri yang memilih untuk ke sana.Sebenarnya banyak pengalaman yang dapat dipelajari daripada kesilapan yang lepas." selorohnya.

Zain menjelaskan, sifat remaja ingin tahu dan curiga terhadap apa yang dilakukan oleh orang dewasa menyebabkan Ammar terpengaruh dan terpanggil untuk mencuba. Zain dan Che Ta sendiri tidak menghalang Ammar kerana mereka cukup mengenali karekter anak-anak dan menaruh sepenuh kepercayaan.

“Kalau halang macam mana pun, kalau dia nak dia akan buat dan lagi kita halang lagi dia buat. Ini cara dia membesar rasa curiga yang ingin mengetahui. Sekiranya tidak melanggar undang-undang, agama rasanya tidak ada masalah. Ibu saya dahulu pun cukup terbuka dan benda-benda sebegini ketika saya darjah 3, ibu sudah ceritakan. Katanya lebih baik dia ceritakan daripada saya ketahuinya daripada orang lain,“ katanya.

Anak-anak tirinya turut dijadikan sebagai kawan baik dan Zain turut menceritakan bahawa mereka kadang-kalanya berkongsi dan bercerita antara satu sama lain.

“Mereka lebih selesa untuk bercakap dengan saya dan bertanya soalan seperti bagaimana mahu berkawan dengan seorang wanita & ada juga meminta pendapat yang lain. Saya akan ajar benda yang baik. Dia tanya saya akan jawab dengan betul tanpa menyorokkan sesuatu daripada mereka. Kawan-kawan mereka saya dan Che Ta pun kenal,“ katanya. - Roti Kaya


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !