Pada 7 November yang lalu, seorang lelaki melayu berusia 19 tahun 9 bulan membuat laporan polis bahawa dirinya telah #dir0g0l oleh seorang wanita.
Menurut laporan polis, pada awalnya mangsa didatangi oleh wanita itu ketika mangsa dan rakannya berada di restoran Hot Spot, Wangsa Walk pada jam 10.30 malam.
Wanita itu telah meminta mangsa menghantarnya pulang ke rumah. Namun mangsa enggan melayani permintaan wanita itu. Bagaimanapun mangsa terpaksa mengalah setelah dipaksa berulang-ulang kali oleh wanita terbabit.
Mangsa kemudian menghantar wanita itu ke rumahnya yang bertempat di Wangsa Delima 3, Wangsa Maju. dengan keretanya.
Ketika sampai di hadapan rumah wanita itu, wanita itu telah memeluk dan mencium mangsa. Mangsa cuba menolak tetapi wanita itu terus mencabulnya dengan rakus dan ganas.
Keadaan bertambah lebih teruk apabila wanita itu mula membuka seluar dan menindih lelaki itu. Dia juga telah memasukkan kemaluan lelaki malang itu ke dalam kemaluannya. 19 minit kemudian, wanita itu terus keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah.