Penyanyi Kaka Azraff pakai tatu di kaki?


Penyanyi Kaka Azraff pakai tatu di kaki?

Agak memeranjatkan apabila mendapat tahu yang penyanyi Kaka Azraff memakai lakaran seakan-akan tatu yang terdapat pada kakinya dan dimuatnaik ke dalam laman sosial Instagram miliknya.

Bahkan ada yang mengecam tindakan Kaka itu kerana lambang lakaran berkenaan menyerupai sesebuah agama selain agama yang dipegang oleh Kaka sekarang.

Namun Kaka yang memetik portal mStar menafikan hal itu sebagai tatu kekal tetapi hanyalah lakaran dari inai yang tidak kekal lama dan bukan lambang dari mana-mana agama.

"Ia bukan tatu tetapi lukisan daripada dakwat pen yang dibuat oleh seorang kawan. Kami bila bertemu memang akan buat perkara-perkara pelik.

"Kawan saya ada kedai inai dan dia seorang yang pandai melukis, jadi saya muat naik gambar itu sebab segaja menghargai hasil kerja seni dia. Saya belum gila lagi untuk buat tatu kekal di kaki,"

"Lukisan itu ialah bentuk kompas dan tiada kaitan dengan mana-mana agama. Saya tidak ada niat pun untuk membuat lukisan yang menyentuh sensitiviti masyarakat atau mana-mana agama." -Kaka

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !