Siapa-siapa sahaja pasti akan marah jika blog/laman sosial mereka jadi sarang aktiviti pengiklanan spam percuma untuk kepentingan mereka.
Awal Ashaari juga tidak terlupa untuk mengena tempiasnya di laman sosial Instagram miliknya. Baru-baru ini Awal sepertinya naik berang apabila ada segelintir manusia yang mengiklankan iklan mereka di Instagram milik Awal yang menimbulkan gangguan terhadap follower yang lainnya.
Awal juga telah membalas komen yang didakwa untuk pengiklan spam itu dengan kata-kata yang diluar jangkaan.
“Aku tak nak tepung kek, aku tak nak kain cadar Burberry, aku tak nak kahwin bajet, aku tak nak kurus dalam masa lima hari, aku tak nak business partnership, aku tak nak wallpaper murah! Kalau aku nak, aku pergi cari di kedai, bukan pada ruangan komen Instagram orang!”
“It’s really annoying and our community is starting to get really bored by these ‘low cost marketing strategies’ and behaviors,”