5 Kartun tempatan paling popular di Malaysia Sekitar Tahun 90an

5 Kartun tempatan paling popular di Malaysia Sekitar Tahun 90an

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



5 Kartun tempatan paling popular di Malaysia

Jika anda ingat lagi ,rancangan kartun popular di televisyen sekitar tahun 90an, pastinya dari negara luar antaranya "Mickey Mouse", "Tom & Jerry" dan sebagainya.

Jika teknologi sekarang mampu menghasilkan siri animasi "Upin Ipin", jangan dipandang rendah dengan kartun buatan tempatan yang pastinya buat anda tak kering gusi.

Walaupun kebanjiran kartun antarabangsa sering dilihat di kaca televisyen, namun karya kartun tempatan masih lagi menjadi pilihan dan segar diingatan kanak-kanak sekitar tahun 90an.

Mari kita imbas dan kenang kembali kartun tempatan paling popular di Malaysia!

Picture
Dimana Joe Jambul

Rancangan ini merupakan rancangan hiburan sambil belajar yang terkenal pada waktu itu. Rancangan ini menguji tahap pengetahun am dan kemahiran geografi peserta yang terdiri daripada pelajar.

Apa yang menarik mengenai rancangan ini adalah watak-wataknya yang terdiri daripada Joe Jambul seorang penjenayah yang mempunyai jambul rambut yang panjang. Jika anda ingat lagi, Joe Jambul dibantu oleh kawan-kawannya iaitu seorang saintis, pakar bom, pakar komputer dan lain-lain lagi. Segmen yang paling menarik sudah tentunya segmen yang terakhir dimana peserta perlu menghafal kedudukan negara-negara dunia dan menjawabnya dengan meletakkan tiang lampu di atas peta yang disediakan. Pengacara rancangan pada waktu itu ialah Norzizi Zulkifli yang melonjakkan namanya ke dunia lakonan.

Picture
Along

A.L.O.N.G..Along!!Siapa yang tidak mengetahui rancangan ini, memang rugi kerana anda boleh belajar sambil berhibur. Along merupakan mascot kucing yang juga watak utama yang mempunyai adik Angah dan Acik yang merupakan kucing betina berwarna putih. Watak yang terlibat dalam rancangan ini adalah kanak-kanak dan juga segmen laporan beritanya juga diterajui oleh kanak-kanak.

Paling menarik dalam rancangan ini ialah Siti Sifir. Pasti anda ingat lagi cara untuk menghafal sifir cara Siti Sifir yang membaca sifir sambil menyanyi. Boleh dikatakan ramai kanak-kanak yang menghafal sifir mengikut cara Siti Sifir kerana ianya lebih mudah untuk diingati.

Picture
Anak-anak Sidek

Rancangan animasi "Anak-anak Sidek" merupakan kartun semi-biografi anak-anak Haji Sidek yang kini merupakan pemain badminton Malaysia. Siapa yang tidak mengenali lima adik beradik jaguh badminton Malaysia iaitu Misbun, Razif, Jailani, Rahman dan Rashid Sidek. Kisah benar yang diadaptasikan dalam siri kartun, mengisahkan ketegasan Haji Sidek dalam mendidik dan melatih anaknya bermain badminton.

Hasil usaha keras bapanya, Malaysia membawa pulang Piala Thomas pada tahun 1992. Sehingga kini kelima-lima adik beradik itu masih meneruskan legasi bapanya dengan menjadi jurulatih. Malah, cucu kepada Haji Sidek Misbun Ramdan kini merupakan pelapis pemain badminton kebangsaan. Selain siri animasi, komik "Anak-anak Sidek" juga menjadi bahan bacaan popular di sekolah.

Picture
Keluang Man

Jika dinegara luar mereka mempunyai kartun Batman, Spiderman dan Superman, tetapi di Malaysia kita mempunyai watak kartun hero terkenal iaitu Keluang man. Siri animasi "Keluang Man" merupakan siri animasi pertama yang menggabungkan animasi 2D dan berlatarbelakangkan 3D.

Jika dibandingkan dengan jalan penceritaannya dengan siri animasi Batman, yang merupakan anak orang kaya, watak Keluang Man pula merupakan orang gila di Hospital Tampoi. Walaupun wataknya gila tetapi Keluang Man dan rakannya Tiung Man berusaha mengalahkan kejahatan di Malaysia dengan cara mereka tersendiri. Siri animasi ini terpaksa dihentikan selepas 3 tahun bersiaran apabila Malaysia mengalami kegawatan ekonomi pada tahun 1998.

Picture
Usop Sontorian

Pasti anda ingat lagi watak siri animasi "Usop Sontorian". Cerita ini mengisahkan kehidupan kanak-kanak dikampung. Usop sering bermain bersama kawan-kawannya yang terdiri dari pelbagai bangsa antaranya Dol, Abu, Singh, Ah Kim dan Vellu. Tidak dilupakan Usop juga mempunyai ayam jantan yang bernama Selebet.

"Usop Sontorian" merupakan siri animasi pertama diMalaysia yang ditayangkan tahun 1994. Siri animasi ini bukan sahaja mendapat sambutan di Malaysia, malah di Fetival Animasi Asia Hiroshima Jepun pada tahun 1996. Apa yang menarik mengenai siri animasi ini ialah ianya berkisarkan tentang keunikan Malaysia yang kaya dengan budaya, kaum dan agama.

Picture
Kampung Boy

Bila sebut nama Lat, kami pasti semua orang tahu ia adalah nama watak utama dalam Kampung Boy.

Datuk Mohammad Nor Khalid adalah seorang kartunis Malaysia yang telah menerbitkan lebih daripada 20 jilid kartun semenjak berusia 13 tahun. Kebanyakan karya-karyanya menggambarkan suasana sosial dan politik Malaysia secara lelucon tanpa berat sebelah.

Karya Datuk Mohammad Nor Khalid yang paling terkenal ialah Kampung Boy sejak 1979 yang bukan sahaja popular di Malaysia, malah turut popular di luar negara dan serata dunia.

Nama Lat itulah yang menjadi watak utama dalam siri Kampung Boy.

Pada tahun 1994, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah mengurniakan gelaran Datuk kepada Lat sebagai pengiktirafan kepada jasa kartunis ini dalam membantu memupuk harmoni dan persefahaman sosial menerusi kartun-kartunnya.

Lat merupakan seorang kanak-kanak yang mempunyai bentuk muka bulat. Oleh sebab itu, nama timangan sebagai bulat telah diberi oleh keluarganya dan kawan-kawan telah memendekkan nama tersebut menjadi Lat.

Lat merupakan anak sulung dalam keluarga dan gemar bermain di hutan, dusun dan lombong timah bersama dengan kawan-kawannya. Sewaktu berusia 9 tahun, Lat membantu menambah pendapatan keluarganya dengan memanfaatkan kemahiran melukis dengan menjual komik kepada rakan-rakannya.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !