Kenali 5 Pengarah yang mencetuskan fenomena di Malaysia


Kenali 5 Pengarah yang mencetuskan fenomena di Malaysia

Jika kita ingat kembali filem-filem yang pernah menjadi fenomena di Malaysia, pasti kita akan ingat siapa yang mengarahkan filem tersebut.

Bermula sekitar tahun 90an, sehingga tahun 2014, bukan sahaja menjadi fenomena malah filem yang dihasilkan oleh pengarah-pengarah ini masih segar di ingatan penonton.

Buat pertama kalinya filem yang mencetuskan fenomena menewaskan filem-filem lain dengan mencatat kutipan sebanyak RM 17.6 juta dan merupakan paling tinggi dalam sejarah filem Malaysia.

Mari lihat siapakah gerangan pengarah yang dimaksudkan ini!

Chiu Keng Guan

Pengarah ini merupakan pengarah berbangsa Cina pertama yang mencatatkan kutipan tertinggi di Malaysia sebanyak RM17.6 juta dan menewaskan filem "KL Gangster". Filem "The Journey" arahan Chui Keng Guan mencetuskan fenomena di Malaysia dengan jalan penceritaan yang berkonsepkan kekeluargaan dan budaya di Malaysia. Filem ini menarik penonton dari pelbagai bangsa dan bukan sahaja menjadi fenomena di Malaysia,malah filem ini juga ditayangkan di Singapura dan Taiwan.

Siapa sangka filem yang membariskan pelakon yang tidak dikenali dan tanpa publisiti bersar-besaran mampu mengutip kutipan yang tertinggi dan mencetuskan fenomena di Malaysia.

Ahmad Idham

Siapa yang tidak mengenali pengarah ini. Pernah menjadi kegilaan ramai sewaktu mewarnai drama televisyen "Mr. Cinderella" arahannya sendiri bersama Haliza Misbun. Menerusi filem ini juga, dia memenangi anugerah Pengarah Harapan pada FFM16. Pengarah ini terus melebarkan sayap sebagai pengarah dalam industri perfileman tanah air.

Antara filemnya yang mencetuskan fenomena di Malaysia ialah filem mat motor lakonan Shaheizy Sam sebagai "Adnan Sempit" masih segar diingatan pengemar filem Melayu.

Menerusi filem "Adnan Sempit", Ahmad Idham juga dicalonkan sebagai Pengarah terbaik FFM 23. Walaupun tidak memenangi sebarang anugerah menerusi filem ini, ia tetap memberikan kesan mendalam kepada penonton.

Datuk Paduka Shuhaimi Baba

Shuhaimi Baba merupakan salah seorang pengarah yang sentiasa cuba membuat pembaharuan dalam filem arahannya. Pasti anda ingat lagi filem seram arahannya dimana pontianak dengan matanya yang berdarah lakonan Maya Karin. Filem "Pontianak Harum Sundal Malam" menjadi fenomena dan pastinya ramai yang takut untuk menonton filem tersebut. Bukan hanya watak pontianak sahaja yang digeruni, malah bunga harum sundal malam juga turut menjadi fenomena pada waktu itu.

Hasil buah tangan pengarah ini sentiasa menjadi topik hangat dalam industri perfileman, dimana sebelum ini filem terbaiknya "Layar Lara" dan "Mimpi Moon" masih juga diingati oleh penggemar filem tempatan. Datuk Paduka Shuhaimi Baba juga pernah dianugerahkan sebagai Pengarah Terbaik FFM 13 menerusi filem "Layar Lara" lakonan Ida Narena dan Sidi Oraza. Jadi tidak hairanlah jika pengarah serba boleh ini mampu mencatuskan fonemena untuk kesemua filem arahannya.

Mamat Khalid

Pengarah ini sangat meminati industri perfileman sejak muda lagi sehinggakan dia tidak ketinggalan untuk menonton filem baru di pawagam tidak kisahlah sama ada filem Melayu, Hollywood mahupun Hindi. Jika anda ingat lagi filem arahannya "Hantu Kak Limah Balik Rumah", mencetuskan fenomena untuk filem bergenre komedi seram. Filem yang dihasilkan pada tahun 2010 ini masih lagi mampu menghiburkan penonton jika diulang tayang semula. Filem ini merupakan diantara filem yang mencatatkan kutipan tinggi sebanyak RM7.9 juta. Filem yang berkisarkan kehidupan di kampung yang menyeramkan yang dilakonkan oleh Awie dan Johan Raja Lawak sebagai peneraju utama berjaya memecahkan kutipan panggung.

Mamat Khalid mesih meneruskan karyanya dengan menghasilkan filem sikuel "Hantu Kak Limah Balik Rumah" dengan kemunculan filem "Hantu Kak Limah 2:Husin,Mon dan Jin Pakai Toncit" yang mendapat kutipan tinggi sebanyak RM 5.89 juta. Dengan karya terbaiknya, Mamat Khalid pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik FFM 21 menerusi filem "Kala Bulan Mengambang" lakonan Datuk Rosyam Nor.

Yusof Haslam

Pengarah ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Datuk Yusof Haslam merupakan diantara pengarah pertama yang melonjakkan industri filem Melayu sekita tahun 90an. Datuk Yusof Haslam memulakan kerjayanya sebagai pelakon tambahan dalam filem "Laksamana Do Re Mi" sebagai pengawal Menteri Fasola dan mengarah filem pertamanya pada tahun 1991 menerusi filem "Bayangan Maut" lakonannya bersama Noorkumalasari yang mencatatkan kutipan hampir RM1 juta.

Karyanya tidak terhenti setakat itu sahaja, apabila filem "Sembilu 2" terus berada di carta teratas sekitar tahun 90an dan mencatatkan kutipan sebanyak RM6.3 juta. Penampilan Awie yang merupakan seorang penyanyi kumpulan Wings pada waktu itu, Erra Fazira dan Ziana Zain masih segar di ingatan peminat filem Melayu. Filem ini bukan sahaja menjadi fenomena malah lagu yang ditampilkan dalam filem ini juga turut menjadi fenomena di corong-corong radio.

Selain filem "Sembilu", filem "Maria-Mariana" turut menjadi perhatian sekitar tahun 90an. Datuk Yusof Haslam juga merupakan pengarah pertama yang menghasilkan drama dan filem pertama yang berkisahkan kepolisan. Antara filem kepolisannya yang masih lagi segar diingatan peminat ialah ialah "Gerak Khas The Movie". Kini dua anak lelakinya, Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof turut sama mengikut jejak langkahnya sebagai pengarah termuda dalam industri perfileman.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !