Penyanyi Akim Ahmad mengakui fitnah yang mendakwa dia berada di bawah pengaruh dadah atau 'lalok' ketika mempersembahkan lagu "Mewangi" pada pertandingan separuh akhir ketiga "Muzik-Muzik" ke-29 baru ini memberi kesan kepada karier seni serta mengecewakan ibu bapanya.
Memetik laporan Malaysian Digest, Akim turut berharap penyebar fitnah itu bertaubat kerana kontroversi tersebut sedikit sebanyak menggugat reputasi dan kepercayaan pihak pengurusan serta pihak lain terhadap dirinya.
"Memang isu itu sangat memberi kesan kepada kerjaya saya apabila perlu berdepan dengan pengurusan saya dan beberapa pihak lain terutama ibu bapa saya.
"Ibu saya mengalir air mata apabila membaca isu ini di akhbar. Saya tidak pernah membuat atau berada dalam keadaan seperti apa yang didakwa.
"Di YouTube, ada video menunjukkan apa sebenarnya yang saya buat sewaktu di belakang pentas sebelum persembahan tempoh hari. Dakwaan itu tidak benar dan jika saya buat ertinya saya kecewakan ibu bapa saya," ujar Akim.
Selepas berjaya memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM21) pada malam Sabtu lalu, bekas peserta program televisyen realiti "Akademi Fantasia" musim ketujuh ini berharap kemenangannya itu akan menepis segala tuduhan yang dilemparkan serta memberi persepsi positif.
"Trofi sebagai satu pengiktirafan yang saya boleh banggakan. Ini satu semangat untuk saya terus berjalan dengan lebih baik lagi dalam industri ini," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Akim bersama kumpulannya, The Majistret sedang dalam proses melancarkan single terbaru mereka selepas lagu "Mewangi" berjaya menerima sambutan positif daripada peminat.